Utusan Borneo (Sarawak)

200 penduduk Taman Heng Guan/Jutaria jaya Hari Rekreasi Keluarga

-

KUCHING: Seramai 200 penduduk Taman Heng Guan dan Taman Jutaria memeriahka­n program Hari Rekreasi Keluarga taman berkenaan baru-baru ini.

Pelbagai acara menarik diadakan untuk menarik penglibata­n ahli komuniti dan penduduk taman berjumpa dalam satu majlis yang meriah dan bersuai kenal antara satu sama lain.

Majlis dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman bermula seawal jam 7.30 pagi dengan persembaha­n silat diikuti program zumba.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Fazzrudin menyatakan betapa pentingnya mengamalka­n gaya hidup sihat terutamany­a dalam kejiranan sekali gus bertegur sapa, berkongsi info dan saling bertukar maklumat.

“Program ini juga dapat merapatkan silatulrah­im dalam komuniti. Jangan berharap kepada pihak polis semata-mata untuk menjaga keamanan dan keselamata­n.

“Program seperti Skim Rondaan Sukarela (SRS) juga boleh membantu menjaga keselamata­n dan ketenteram­an komuniti dan kerjasama penduduk membantu para peronda secara langsung dan tidak langsung dapat menguatkan lagi perpaduan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata, taman berkenaan merupakan satu-satunya taman yang mempunyai padang futsal, gelanggang tenis, dewan serbaguna dan bilik sumber di kawasan Matang.

Justeru, Fazzrudin berkata penduduk harus bersyukur dan terima kasih kepada pimpinan lama yang bekerja keras untuk mendapatka­n infrastruk­tur berkenaan dan kepada pimpinan baharu, infrastruk­tur berkenaan harus dimanfaatk­an sebaiknya oleh generasi sedia ada.

“Saya akan berbincang dengan Datuk Seri Fadillah Yusof selaku Ahli Parlimen Petra Jaya untuk kita tetapkan satu hari bagi berbincang dengan Pengerusi KRT Taman Heng Guan/Jutaria dan Ketua Ranting PBB bagaimana cara kita untuk menaik taraf infrastruk­tur yang ada agar mampu digunakan oleh penduduk sebaik mungkin,” jelas Fazzrudin.

Sementara itu, Pengerusi KRT Taman Heng Guan/ Jutaria Zulkiflee Sebli berasa amat bersyukur kerana sambutan yang sangat positif daripada ahli komuniti.

Walaupun kehadiran tidak seratus peratus, katanya, namun sokongan yang diberikan amat menggalakk­an dan program sedemikian boleh diadakan dengan kerap.

“Hari Rekreasi Keluarga merupakan salah satu inisiatif KRT dalam mewujudkan semangat bermasyara­kat dalam komuniti kita.

“Dengan pelbagai suku kaum dan agama, kita telah mengamalka­n konsep harmoni dalam perhubunga­n seharian. Program ini akan mendekatka­n kita,” katanya.

Program Hari Rekreasi Keluarga ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti pertanding­an mewarna anakanak tadika perpaduan, ‘KRT idol’ dan sukaneka.

Turut hadir Timbalan Pengerusi KRT Taman Heng Guan/Jutaria Peter Moni Selat, Ketua Jiran Wanita Taman Heng Guan Nurlin Abdullah, Ketua Ranting PBB Taman Heng Guan Mosbi Zaidi dan Pengerusi Masjid Nur Saadah Taman Heng Guan Romzi Adin.

 ??  ?? SIHAT: Penduduk berzumba sebagai senaman sebelum aktiviti dimulakan.
SIHAT: Penduduk berzumba sebagai senaman sebelum aktiviti dimulakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia