Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu bas ekspres didakwa sebabkan kematian seorang penumpang

-

KAMPAR: Seorang pemandu bas ekspres mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabka­n kematian seorang penumpang kelmarin.

Tertuduh N. Shasikumar, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.

Shasikumar didakwa memandu kenderaan tersebut di jalan raya secara melulu sehingga menyebabka­n kematian Chan Kwai Fah, 43, di KM 294.7 Lebuhraya Utara- Selatan arah utara dekat Kampar kira-kira jam 5.45 pagi, kelmarin.

Kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM20,000, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Oon Kork Chern manakala tertuduh diwakili Nurafiqah Abd Aziz daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Terdahulu, Oon menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin manakala Nurafiqah memohon agar jaminan terhadap anak guamnya dikurangka­n atas alasan menyara empat anak manakala isterinya tidak bekerja.

Nur Faizah kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes itu selesai.

Mahkamah menetapkan 28 Dis ini untuk sebutan semula kes. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDAKWA: Shasikumar, didakwa memandu kenderaan tersebut dengan melulu sehingga menyebabka­n kematian seorang penumpang di Majistret Kampar semalam.
— Gambar Bernama DIDAKWA: Shasikumar, didakwa memandu kenderaan tersebut dengan melulu sehingga menyebabka­n kematian seorang penumpang di Majistret Kampar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia