Utusan Borneo (Sarawak)

Polis rampas 4 pistol,151 peluru dari rumah pengedar dadah

-

GEORGE TOWN: Polis menahan sepasang suami isteri dan kakak angkat mereka serta merampas dadah dan empat pucuk pistol bersama 151 peluru hidup dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Idaman, Simpang Ampat dekat sini awal pagi kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata pasangan suami isteri yang ditahan dalam serbuan jam 3 pagi itu masing-masing berusia 33 dan 38 tahun manakala kakak angkat mereka berumur 59 tahun, dadah yang dirampas pula bernilai RM11,500.

“Dadah yang dirampas hasil pemeriksaa­n ke atas rumah milik lelaki yang berada bawah pengawasan polis kerana kesalahan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) itu, ialah heroin seberat 573.9 gram dan ketamin 26.7 gram,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata polis juga menemui empat pucuk pistol semi auto jenis Barreta, Colt MFG, Compact Cz 75D dan Cz 2075 serta 151 butir peluru hidup pelbagai jenis dan tiga pasang gari serta kunci di rumah.

Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengetahui motif suspek memiliki pistol dan gari, namun tidak menolak kemungkina­n ia mempunyai kaitan dengan jenayah serta kegiatan pengedaran dadah, katanya.

“Kami percaya suspek bukan sahaja terlibat kegiatan jenayah di Pulau Pinang malah beberapa negeri lain dan tidak menolak kemungkina­n dia menggunaka­n pistol dan gari untuk menyamar sebagai anggota penguat kuasa.

“Kami juga sedang siasat bagaimana lelaki itu mendapatka­n pistol, peluru dan gari namun tidak menolak kemungkina­n ia dari negara jiran,” katanya.

Mohmad berkata lelaki berusia 38 tahun yang dipercayai suspek utama dan turut memakai Peranti Pengawasan Elektronik (EMD) itu merupakan pengedar dadah yang aktif di sekitar Pulau Pinang sejak beberapa bulan lepas dan dia juga positif dadah.

Beliau berkata lelaki itu yang mempunyai lima rekod jenayah berkaitan dadah dan jenayah itu dipercayai bergerak sendiri dalam kegiatan pengedaran dadah dan menjadikan rumahnya sebagai lokasi menyimpan serta membungkus semula dadah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Mohmad Salleh (dua kiri) bersama Chuah Ghee Lye (tiga kiri) dan pegawainya menunjukka­n empat pucuk pistol bersama 151 butir peluru hidup, tiga pasang gari serta dua bungkusan dadah jenis heroin dan ketamin kepada pihak media ketika...
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Mohmad Salleh (dua kiri) bersama Chuah Ghee Lye (tiga kiri) dan pegawainya menunjukka­n empat pucuk pistol bersama 151 butir peluru hidup, tiga pasang gari serta dua bungkusan dadah jenis heroin dan ketamin kepada pihak media ketika...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia