Utusan Borneo (Sarawak)

Dua bot pukat rawa, lapan nelayan ditahan

-

LUMUT: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 menahan dua bot pukat rawa sorong dan lapan nelayan tempatan, termasuk empat daripadany­a terlibat dengan penyalahgu­naan dadah dalam dua operasi berasingan, semalam.

Pengarah Maritim Daerah Kapten Maritim Wan Mat Wan Abdullah berkata kedua-dua bot dan lapan nelayan itu ditahan di dua lokasi berasingan di Pulau Pasir Hitam, Taiping, dan Pulau Pangkor.

Beliau berkata dua bot pukat rawa sorong ditahan ketika sedang menangkap ikan antara jam 2.30 hingga 9.10 pagi kira-kira satu batu nautika dari selatan Pulau Pasir Hitam.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati bot tersebut tidak mempunyai nombor pendaftara­n selain tiada lesen menangkap ikan yang sah.

“Bagaimanap­un dua tekong dan dua awak-awak warga tempatan berumur antara 14 dan 23 tahun dilepaskan dengan ikat jamin polis,” katanya dalam kenyataan di sini semalam dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985.

Sementara itu, Wan Mat berkata dalam operasi berasingan, empat nelayan tempatan ditahan atas kesalahan penyalahgu­naan dadah kirakira dua batu nautika Timur Laut Pulau Pangkor, di sini pada 9 pagi kelmarin.

Katanya, Kapal Maritim Tugau menahan kesemua nelayan tersebut selepas ujian awal saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah sebelum menyerahka­n mereka kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan lanjut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia