Utusan Borneo (Sarawak)

Institusi perbankan lulus RM57 bilion pinjaman perumahan tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM57 bilion pinjaman perumahan telah diluluskan institusi perbankan kepada 142,558 pemohon untuk pembelian rumah buat kali pertama dari bulan Januari hingga September tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Lee Chee Leong berkata sejak 2010, kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) memperkena­lkan pelbagai skim serta langkah bagi memudahkan pemilikan rumah di Malaysia untuk peminjam yang layak terutamany­a bagi pembelian rumah pertama.

Beliau berkata antaranya skim ‘ step- up financing’ PR1MA, MyHome, Ru- mawip, Rumah Selangorku, Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia.

Selain itu, mengurangk­an kos membeli rumah menerusi Skim MyDeposit dengan memberi pengecuali­an duti setem 100 peratus ke atas surat cara pindah milik dan surat cara pinjaman perumahan bagi pembelian rumah bernilai RM300,000 dan ke bawah, katanya semasa sesi soal jawab pada persidanga­n Dewan Negara di sini semalam.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Yong Wui Ching yang ingin tahu statistik kelulusan pinja- man bank bagi pembelian rumah pertama dari tahun 2012 sehingga kini dan langkah yang dilakukan BNM bagi memudahkan pemohon untuk mendapatka­n pembiayaan perumahan tersebut.

Selain itu, Lee berkata BNM juga menyediaka­n laman web Housing Watch di http://www.housingwat­ch. my yang mengandung­i maklumat terkini mengenai hartanah di Malaysia termasuk statistik pinjaman perumahan, skim bantuan kerajaan kepada golongan belia dan pembeli rumah kali pertama serta khidmat nasihat untuk mendapatka­n pinjaman perumahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia