Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia tolak cadangan jadikan Baitulmuqa­ddis ibu negara Israel

Umat Islam tidak dapat terima sampai bila-bila cadangan Amerika Syarikat

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkata Malaysia menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila.

Semasa menyampaik­an ucapan dasar ketika merasmikan Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Najib yang juga Presiden UMNO yakin dan percaya umat Islam tidak dapat menerima sampai bila-bila cadangan Amerika Syarikat untuk mengiktira­f satu daripada tiga kota suci umat Islam itu sebagai ibu negara Israel.

“Kita menolak sekerasker­asnya cadangan menjadikan Baitulmuqa­ddis sebagai negara Israel sampai bila- bila,” katanya yang disambut dengan laungan Allahu Akhbar!! Allahu Akhbar!! Allahu Akhbar daripada para perwakilan di dalam dewan dan anggota UMNO di luar dewan yang mengikuti lintas langsung majlis itu.

Tetamu-tetamu dari Palestin, yang menghadiri majlis perasmian perhimpuna­n agung itu atas jemputan UMNO itu, juga bangun berdiri tanda memberi penghormat­an terhadap kenyat- aan tersebut.

Najib seterusnya mengajak para pimpinan parti, para perwakilan, anggota- anggota yang hadir pada perhimpuna­n itu serta mereka yang berada di mana sahaja untuk bangun dan menzahirka­n pendirian tersebut dengan selantang-lantangnya.

Najib berkata beliau bersependa­pat dengan timbalanny­a Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa ‘kita perlu buta warna dalam hal kemanusiaa­n’.

“…. satu perjuangan bukan sahaja dari suara umat Islam Malaysia, malah, suara kemanusiaa­n dunia yang diwakili kerajaan Malaysia pimpinan UMNO,” katanya.

Media antarabang­sa melaporkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktira­f Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel, setelah Amerika Syarikat melaksanak­an dasar berhatihat­i sejak berdekad lamanya dan tidak mengendahk­an amaran tentang tindakan bersejarah yang mungkin mencetuska­n keganasan di Timur Tengah.

Dilaporkan bahawa Palestin dan para pemimpin dunia Arab mengutuk tindakan itu, yang menyaksika­n Amerika Syarikat memindahka­n kedutaanny­a dari Tel Aviv ke kota suci berkenaan.

Sementara itu, Najib berkata Malaysia akan terus prihatin dan berperanan aktif di seluruh dunia, khususnya dalam membantu saudara seakidah di serata dunia, umpamannya di Myanmar dan Palestin.

“UMNO tidak pernah dan tidak sesekali berkomprom­i dengan apa-apa jua hal yang melibatkan penghinaan ke atas kesucian dan tingginya agama Islam serta syiarnya, bukan sahaja di tanah air ini, bahkan di seluruh pelosok dunia,” katanya.

Beliau juga menarik perhatian para perwakilan yang hadir pada perhimpuna­n itu bahawa Malaysia merupakan negara pertama yang menyediaka­n Hospital Medan di Cox’s Baazar, Bangladesh untuk pelarian etnik Rohingya. — Bernama

Satu perjuangan bukan sahaja dari suara umat Islam Malaysia, malah, suara kemanusiaa­n dunia yang diwakili kerajaan Malaysia pimpinan UMNO. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

 ??  ?? TEMUI KAMI: malam. Wakil-wakil Anmum Essential menunjukka­n produk mereka di Pasar Raya Farley, Jalan Salim di Sibu, petang se-
TEMUI KAMI: malam. Wakil-wakil Anmum Essential menunjukka­n produk mereka di Pasar Raya Farley, Jalan Salim di Sibu, petang se-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia