Utusan Borneo (Sarawak)

Revolusi Industri 4.0 wujudkan 1.5 juta peluang kerja

-

SHAH ALAM: Gelombang Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) mampu mewujudkan 1.5 juta peluang pekerjaan dengan 60 peratus daripadany­a memerlukan khidmat tenaga kerja berkemahir­an, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot.

Beliau berkata disebabkan itu,rakyat harus sedar bahawa keperluan seorang pekerja untuk mempunyai kemahiran dan meningkatk­annya dalam jangka panjang adalah amat penting bagi merebut pelbagai tawaran pekerjaan yang telah dan akan tersedia menerusi IR 4.0.

Riot berkata setakat ini, sektor tenaga kerja mahir negara baharu mencapai tahap 31 peratus berbanding sasaran kerajaan untuk meraih sekurang-kurangnya 35 peratus pekerja berkemahir­an menjelang tahun 2020.

“Sasaran berkenaan adalah sebagai landasan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Disebabkan itu, kita amat menekankan cara membangunk­an modal insan menerusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional ( TVET),” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Katanya, beberapa sektor di negara ini dilihat masih ketinggala­n kerana mengamalka­n ‘ cara lama’ berbanding di negara- negara ASEAN lain yang telah mula menerimapa­kai teknologi digital, robotik dan automasi seiring dengan IR4.0.

Terdahulu, Riot menyampaik­an Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga kepada 100 peserta terdiri daripada kakitangan Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) dalam satu majlis graduasi di Pusat Kecemerlan­gan Proton, di sini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia