Utusan Borneo (Sarawak)

Jerayawara ‘Mind-Q Connect’ dengan Anmum Essential di Farley

-

SIBU: Siri jerayawara ‘MindQ Connect’ dengan Anmum Essential kini diadakan di Pasar Raya Farley, Jalan Salim di sini dari 8-10 Disember ini (hari ini hingga lusa) pada jam 9 pagi hingga jam 9 malam.

Ia bertujuan menyampaik­an maklumat lanjut kepada ibu bapa tentang anak-anak mengenai khasiat produk tersebut.

Menurut kenyataan media berkenaan Kempen Mind-Q Connect Anmum Essential petang semalam, si manja dilahirkan dengan kira-kira 100 bilion sel-sel otal tapi bukan semua dihubungka­n.

Jelasnya, ibu bapa memainkan peranan penting untuk membantu menghubung­kan sel-sel otak dengan memberikan rangsangan yang positif dan nutrisi yang baik.

“Perkembang­an hubungan sel-sel otak boleh menyokong kebolehan si manja hingga belajar dan berkembang dari segi mental, emosi dan sosial,” katanya lagi.

Anmum Essential kini dengan Mind-Q Connect mengandung­i DHA dan 2X lebih GA (Gangliosid­a).

Ini adalah kombinasi nutrien penting yang terdapat di dalam otak si manja.

DHA penting untuk perkembang­an otak dan Gangliosid­a membantu menghubung­kan sel-sel otak.

Justeru, wakil-wakil Anmum Essential akan berada di lokasi-lokasi jerayawara dari masa tersebut untuk menjawab soalan-soalan ibu bapa tentang rangkaian produk tersebut.

Orang ramai digalakkan membawa si manja mereka untuk menyertai aktiviti yang menyeronok­kan dan berpeluang mendapat hadiah percuma dengan pembelian produk.

Dapatkan tumbler Thermocafe percuma dengan pembelian tiga pek Anmum Materna/Lacta 650 gram dan Foldable Playground dengan bola mainan kanak- kanak percuma dengan pembelian tiga tin Anmum Essential 1.6kg atau empat pek Anmum Essential 1.2kg.

Anmum Essential juga diformulas­ikan dengan tanpa gula tambahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia