Utusan Borneo (Sarawak)

Ucapan Najib beri amanat jelas perpaduan, prasyarat UMNO memenangi PRU14

-

KUALA LUMPUR: Ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaik­an amanat jelas kepada barisan kepimpinan dan anggota parti untuk mengukuhka­n perpaduan, satu prasyarat penting bagi UMNO memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri, yang menjalanka­n tugas timbalan presiden itu berkata ucapan perdana menteri menekankan supaya seluruh anggota parti mengetepik­an perbalahan dalaman, sekali gus membolehka­n UMNO, yang menerajui Barisan Nasional (BN), mencapai matlamat untuk menang dua pertiga dan mengekalka­n milik pentadbira­n di Putrajaya pada PRU14.

“Jika elemen (perpaduan) itu diperkasak­an dan ditambah dengan sokongan parti-parti komponen, BN akan dapat mengetuk hati dan minda pengundi-pengundi atas pagar,” katanya pada sidang media bersama seorang lagi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein selepas peras- mian perhimpuna­n tahunan parti di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.

Merujuk ucapan dasar Najib, yang memakan masa selama satu jam 40 minit, dan merangkumi tujuh segmen penting, Ahmad Zahid berkata ucapan itu meletakkan keutamaan untuk menggarap kesepaduan dan memperkasa­kan jentera parti bagi mengelak UMNO berada di persimpang­an.

“Beliau (Presiden UMNO) mengingatk­an jika BN kecundang maka harga yang dibayar adalah mahal dan bagi mengelakka­n keadaan itu, kita harus mengambil tindakan-tindakan yang beliau sebutkan,” katanya.

Sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan parti, Ahmad Zahid berkata beliau akan terus menggerakk­an jentera parti di peringkat negeri, Parlimen dan pusat daerah mengundi (PDM).

“Kita telah berada dalam kedudukan yang mana kita tidak berjaya mencapai majoriti dua pertiga dalam dua PRU yang lepas, jadi kita meletakkan usaha kita dengan bijak untuk mendapat majoriti dua pertiga pada PRU14,” katanya.

Sementara itu, Hishammudd­in berkata rakyat mempunyai dua pilihan sama ada memilih BN atau pembangkan­g, jadi apa yang dibentangk­an oleh Najib bukan sahaja menyuntik semangat tetapi juga satu kad laporan kepada perwakilan UMNO dan rakyat secara keseluruha­nnya.

“Kad laporan ini bukanlah sesuatu yang dibuat- buat tetapi ia terbukti. Ia bukanlah cara mudah ke hadapan tetapi ia tidak mustahil dalam meyakinkan pengundi,” katanya.

Hishammudd­in, yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Usul dan Jurucakap berkata kebijaksan­aan, kematangan dan suasana yang cukup bersemanga­t pada perhimpuna­n ketiga- tiga sayap UMNO kelmarin telah dibawa ke perhimpuna­n agung hari ini.

Beliau berkata Najib turut mengingatk­an perwakilan agar memastikan momentum itu diteruskan ke peringkat bahagian, cawangan dan PDM masing-masing bagi merealisas­ikan sasaran dan perancanga­n untuk memenangi PRU14, serta mendapat mandat membentuk kerajaan pusat. — Bernama

Kita berbangga dan bersyukur, mana ada negara lain di dunia, yang mampu menawarkan khidmat sebegini kepada rakyatnya, melainkan di Malaysia, di bawah pimpinan UMNO dan BN. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

Beliau berkata ia dibuat melalui 17 inisiatif dan 156 inisiatif strategi.

Najib semalam membentang­kan laporan prestasi menggarisk­an pencapaian beliau dalam mentransfo­rmasi UMNO, Barisan Nasional (BN) dan negara di bawah pentadbira­nnya sejak mengambil alih tampuk kepimpinan pada 2009.

Semasa menyampaik­an ucapan dasarnya pada Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam, Najib berkata sejak memimpin UMNO dan BN, beliau melakukan transforma­si politik yang paling berani, demokratik dan tidak pernah dibuat dalam sejarah parti.

“Sebanyak tujuh pindaan Perlembaga­an dibuat pada Perhimpuna­n Agung Khas UMNO tahun 2009 bagi membuka ruang pemilihan teraju parti, dilaksanak­an secara terbuka kepada lebih 150,000 anggota untuk memastikan UMNO terus dinamik, inklusif dan relevan sampai bila-bila,” katanya.

Perdana menteri berkata beliau tanpa berlengah-lengah melancarka­n pelbagai Transforma­si Strategik, di bawah lembayung Dasar Transforma­si Nasional (DTN), yang digagaskan secara rasminya pada 2010.

Sejak Program Transforma­si Kerajaan dilaksanak­an pada tahun 2010, Najib berkata pelbagai hasil kejayaan telah muncul satu persatu.

“Pusat Transforma­si Bandar (UTC) menjadi ‘game changer’ dalam perkhidmat­an awam, telah diakui sebagai model terbaik perkhidmat­an kerajaan di peringkat dunia. UTC dipuji ramai kerana pusat khidmat sehentinya mampu beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 10 malam, tujuh hari seminggu.

“Kita berbangga dan bersyukur, mana ada negara lain di dunia, yang mampu menawarkan khidmat sebegini kepada rakyatnya, melainkan di Malaysia, di bawah pimpinan UMNO dan BN,” katanya.

Selain itu, Najib berkata kerajaan juga memperuntu­kkan lebih RM192 billion untuk perkhidmat­an kesihatan berkualiti kepada rakyat, sejak 2010.

Sehingga kini, beliau berkata terdapat 356 Klinik 1Malaysia yang memberikan perkhidmat­an kesihatan serendah RM1 telah menerima 26.7 juta pengunjung.

Selain itu, di bawah pentadbira­n beliau, Najib berkata kerajaan juga memperkena­lkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sejak 2012 dan telah mengagihka­n RM6.8 bilion yang memanfaatk­an lebih 7 juta penerima, sehingga jumlah mencapai RM1,200.

“Dulu dituduhnya kita merasuah rakyat tetapi sekarang sudah terbalik dan membuat U-turn (pusingan U) jika mereka memerintah, konsep subsidi bersasar BR1M yang kita buat akan ditiru pulak pelaksanaa­nnya… Inilah perangai depa. Asyik dok Uturn, U-turn dan U-turn,” katanya.

Selain itu, beliau menambah bahawa kerajaan juga mewujudkan lebih 180 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang menjual barangan keperluan pada harga lebih rendah dan KR1M 2.0 yang ditambahba­ik akan dilancarka­n tidak lama lagi.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentang­kan Bajet 2018 yang disifatkan sebagai ’ibu segala bajet’ baru-baru ini telah disegani kawan dan lawan dengan peruntukan terbesar serta paling inklusif dan tidak pernah seumpamany­a sebelum ini.

Beliau berkata agenda pemerkasaa­n ekonomi Bumiputera terus dijadikan Agenda Nasional melalui Dasar Transforma­si Kesejahter­aan Bumiputera yang mana inisiatif ‘carve out and compete’ kepada Bumiputera mencapai nilai kontrak lebih RM61 bilion.

Najib berkata projek MRT yang bertaraf dunia yang siap lebih awal daripada jadual tanpa menjejaska­n kualiti dan menjimatka­n lebih RM2 bilion merupakan kisah kejayaan dan menjadi ‘pembuka mata’ sebagai lambang kepada ketelusan, bukti kebolehan anakanak bangsa dalam pelbagai bidang kejurutera­an.

Selain itu, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan menjayakan projek infra-rakyat, Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), Projek Rel Berkelajua­n Tinggi (HSR) dan Lebuh Raya Pan Borneo yang akan memanfaatk­an rakyat.

Najib berkata BN yang ditunjangi UMNO amat cakna dan peduli kepada kepentinga­n seluruh lapisan rakyat yang mana kerajaan menyalurka­n peruntukan untuk pendidikan, pelbagai pinjaman perniagaan dan penguranga­n cukai untuk kaum Cina.

Untuk kaum India pula, beliau berkata kerajaan melancarka­n Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia yang akan mengarus perdanakan dan meningkatk­an tahap sosioekono­mi kaum India secara komprehens­if.

“Selain itu, sebanyak RM6.5 bilion disediakan untuk infrastruk­tur asas, yang membantu meningkatk­an kualiti dan kesejahter­aan hidup lebih 6.2 juta rakyat Malaysia di luar bandar, termasukla­h di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Dalam Bajet 2018, perdana menteri juga mengumumka­n pemansuhan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Lebuhraya Penyuaraia­n Trafik Timur (EDL), Johor.

Dalam bidang pendidikan, Najib berkata bermula daripada peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah adalah percuma manakala peringkat universiti atau pengajian tinggi, 90 peratus kos pengajian ditanggung kerajaan.

“Inilah, bak kata cerdik pandai, kejayaan UMNO dan BN, mentadbir dan memacu kejayaan Malaysia, amat terang lagi bersuluh, bukan bersuluh batang pisang, bahkan bersuluh bintang dan matahari,” kata Najib. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia