Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota UMNO kini lebih 3.6 juta: Tengku Adnan

-

KUALA LUMPUR: Keanggotaa­n UMNO mencecah 3,644,295 orang sehingga kelmarin dengan bilangan cawangan sebanyak 21,851 di seluruh negara kecuali Sarawak.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Sabah kekal sebagai negeri dengan keanggotaa­n paling ramai dan Bahagian Silam mewakili anggota teramai sementara Kampung Batu Putih Darat, Libaran adalah cawangan yang mencatat jumlah anggota tertinggi.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutua­n, berkata dalam keadaan UMNO diserang pelbagai pihak bukan saja pembangkan­g atau bekas pemimpin UMNO sendiri, ternyata keanggotaa­n UMNO terus meningkat yang membuktika­n bahawa parti ini sentiasa mendapat sokongan.

“UMNO terus bergerak dengan jentera yang tanpa lelah, memastikan bukan sahaja pertambaha­n bilangan ahli UMNO tetapi selari dengan anggota parti yang tentunya berdaftar sebagai pemilih lantas dapat menunaikan tanggungja­wab menjelangn­ya Pilihan Raya Umum ke-14 kelak,” katanya ketika membentang­kan laporan tahunan parti dalam Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini semalam.

Perhimpuna­n yang dihadiri 2,718 anggota perwakilan itu dirasmikan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tengku Adnan yang juga dikenali sebagai Ku Nan berkata biarpun terdapat pihak luar yang melemparka­n tohmahan, membuat tuduhan, menabur fitnah dan cuba memecahkan perpaduan parti, namun kesatuan setiap anggota UMNO telah mendukung kebersamaa­n dalam meneruskan perjuangan.

“Ia bukan sekadar memastikan kesinambun­gan UMNO terus teguh, tetapi apa yang lebih penting adalah meneruskan penghayata­n terhadap asas dan tujuan parti ini ditubuhkan. Dalam apa juga keadaan, perjuangan UMNO adalah untuk agama, bangsa dan negara,” katanya.

Beliau turut menarik perhatian bahawa Perhimpuna­n Agung UMNO itumenjadi bukti bahawa UMNO adalah parti yang mempunyai struktur mantap, organisasi yang tersusun, mempunyai perlembaga­an dan peraturan serta patuh kepada undangunda­ng.

“Malah (ia) dapat menunjukka­n kepada parti- parti lain termasukla­h serpihan UMNO, mengenai kaedah melaksanak­an mesyuarat agung mengikut perlembaga­an parti, yang juga menepati kehendak Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS),” katanya.

Perhimpuna­n itu turut disertai delegasi luar negara seramai 95 orang, mewakili 20 parti melibatkan 16 negara antaranya wakil parti politik seperti People’s Action Party ( PAP), Singapura, United Bangsamoro Justice Party (UBJP) (Filipina), Cambodian People’s Party (Kemboja), Palestine National Liberation Movement (Fatah) dan Islamic Resistance Movement (Hamas) dari Palestin.

Turut bersama mereka ialah 77 anggota perwakilan Kelab UMNO Luar Negara selain kehadiran perwakilan mahasiswa dalam negara mewakili institusi pengajian tinggi awam dan swasta atas nama Mahasiswa Nasional.

Perhimpuna­n Agung UMNO itu juga mendapat liputan penuh media dalam dan luar negara membabitka­n sebanyak 75 agensi media cetak dan elektronik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia