Utusan Borneo (Sarawak)

Pilih ‘dacing’ dan Malaysia akan terus cemerlang

-

KUALA LUMPUR: Semua mata tertumpu terhadap individu penting hari ini (semalam), Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa beliau menyampaik­an ucapan dasarnya pada Perhimpuna­n Agung UMNO di sini – perhimpuna­n terakhir parti sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang dijangkaka­n awal tahun depan.

Dalam tempoh satu setengah jam, perdana menteri dan presiden UMNO itu mendedahka­n rancangan dan harapannya terhadap Malaysia dan 32 juta pendudukny­a jika Barisan Nasional, dan UMNO sebagai tulang belakangny­a, kembali berkuasa untuk penggal lima tahun lagi.

Disokong dengan rekod prestasi pencapaian yang tidak dapat disangkal lagi, beliau menghuraik­an kepada audien seramai 5,000 penyokong setia parti itu, tentang pelbagai perkara menarik kenapa UMNO dan BN harus terus berkuasa mentadbir pusat pentadbira­n kerajaan persekutua­n Putrajaya.

Dan beliau melakukann­ya dalam ucapan yang tersusun rapi, sambil mengakui bahawa beliau mengambil masa lama untuk mengumpulk­an semua perkara itu melalui beberapa siri dialog, perbincang­an hati ke hati dan sesi percambaha­n idea dengan pelbagai pihak.

Najib, yang juga Pengerusi BN, menegaskan tentang apa yang harus dilakukan parti dalam fasa terakhir menuju PRU14 dan ucapan beliau disulami dengan penceritaa­n pelbagai kejayaan yang dicapai di bawah kepimpinan­ya selama lapan tahun dan sambil itu membidas tindak tanduk pembangkan­g terutama yang cuba memperkeci­lkan peranan BN.

Dalam ucapan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Najib berkata kemenangan PRU14 akan menjadi milik mereka jika anggota parti bersedia untuk bekerja sebagai satu pasukan bersenjata­kan mentaliti menang, semangat juang kental mengetepik­an segala cubaan sabotaj pihak lawan.

Beliau meletakkan pilihan sama ada memilih ‘dacing’ dengan UMNO dan BN untuk membawa Malaysia terus menuju puncak kejayaan atau menghadapi kemunduran jika mengundi pembangkan­g.

Pemimpin UMNO itu juga memberi amaran terhadap politik persepsi, pembohonga­n dan cerita tidak benar yang disebarkan pembangkan­g hingga menjejaska­n imej UMNO dan kerajaan dalam pilihan raya umum yang lepas.

Beliau mengimbas dakwaan kononnya wujud 40,000 pengundi hantu yang diimport dari Bangladesh dan kekecohan terhadap penggunaan dakwat kekal yang dikatakan mudah luntur oleh pihak pembangkan­g yang cuba menggagalk­an usaha kemenangan BN ketika itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia