Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool kembali ke pusingan kalah mati Coutinho ledak Hatrik pertama bantu The Reds membelasah Spartak 7-0 pada aksi Liga Juara Juara

-

LIVERPOOL, England: Hatrik pertama Philippe Coutinho membantu Liverpool membelasah Spartak Moscow 7- 0, sekali gus mengesahka­n tempat ke pusingan kedua Liga JuaraJuara Rabu lepas.

Sadio Mane menjaringk­an dua gol dan Roberto Firmino dan Mohamed Salah juga menjaringk­an gol lain ketika Liverpool kembali ke pusingan kalah mati kejohanan buat kali pertama selepas sembilan tahun.

Liverpool, juara Kumpulan E, menyertai Manchester City, Manchester United, Chelsea dan Tottenham Hotspur melangkah ke pusingan kedua, mencipta sejarah lima kelab dari England yang mara ke pusingan kedua kejohanan.

“Kami memulakan perlawanan dengan sangat baik dan selepas membuka jaringan, kami tidak perlu bertahan,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp ketika memberitah­u penyiaran BT Sport.

Ia adalah kemenangan besar kedua Liverpool selepas membelasah Maribor 7-0 dan memadam kekecewaan mensia-siakan pendahulua­n 3-0 sebelum seri 3-3 dengan Sevilla, naib juara kumpulan.

Dengan Liverpool menjaringk­an 32 gol dalam sembilan perlawanan terakhir, tidak banyak pasukan mahu berdepan dengan jentera serangan Liverpool – Coutinho, Salah, Mane dan Firmino di pusingan kedua nanti.

“Saya tidak kisah siapa la-

Kami memulakan perlawanan dengan sangat baik dan selepas membuka jaringan, kami tidak perlu bertahan. Jurgen Klopp Pengurus Liverpool

wan kami n a n - ti,” kata K l o p p . “Biasanya, saya diundi menentang Real Madrid, jadi kita a k a n lihat.”

Klopp bagaima n a p u n akan mengharung­i perl awanan per- tama pusingan kedua tanpa Emre Can k e r a n a p e n g - g a n - tungan se- lepas p e - main itu menerima kad k u n - i n g Rabu lepas dan juga Alberto Moreno, yang mengalami kecederaan.

Tetapi ia satu-satu perkara negatif pada malam yang meriah buat Liverpool walaupun menurunkan lima a pertukaran dari skuad yang menewaskan askan Brighton 5-1 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris ggeris Sabtu lepas dan mendahului 3-0 0 pada minit ke-18.

Coutinho membuka j a r i n g a n s e a w a l minit keem- pat dari satu t tendd angan penalti selepas Georgi Dzhikiya menjatuhka­n Salah dalam kotak penalti.

Liverpool menambah jar- ingan pada minit ke-15 dari gandingan cantik Mane, Salah dan Firmino sebelum Coutinho melakukan penyudah untuk gol ke-50 beliau bersama Liverpool. Keadaan menjadi lebih bu buruk buat Spartak apabila kesilapa kesilapan pemain pertah pertahanan­nya, SerdarT Serdar Tasci membolehka bolehkan Firmino menjari menjaringk­an gol ketiga. Can menerima kad kuning yang menyebabka­n b e l i a u di digantung pada d perlawanan seterusnya sebelum Moreno terpaksa dikeluarka­n kerana kecederaan. James Milner, yang meng- gantikan tempat Moreno, membuat impak segera apabila umpanan beliau disempurna­kan Mane untuk gol keempat dan tiga minit kemudian Coutinho melengkapk­an hatrik dan gol kelima juga dari umpanan Milner.

Mane menjadikan kedudukan 6-0 ketika berbaki 14 minit permainan sebelum Salah melengkapk­an jaringan.

Jurulatih Spartak, Massimo Carrena memberikan penilaian jujur tentang permainan pasukannya.

“Pemain saya bermain seperti dalam ketakutan,” kata beliau dengan pasukannya terpaksa beraksi dalam Liga Europa.

“Ia membuktika­n Spartak tidak bersedia untuk bola sepak tahap ini. Hari ini kami kurang kualiti dalam semua aspek bola sepak.” — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? HATRIK PERTAMA: Reaksi Couthino selepas menjaringk­an gol kelima Liver- pool dan melengkapk­an jarin- gan ketiga peribadi ketika beraksi pada perlawanan Kumpulan E Liga Juara Juara menentang Spartak Moscow di Anfield, Liverpool pada Rabu lepas. BERPESTA...
— Gambar AFP — Gambar AFP HATRIK PERTAMA: Reaksi Couthino selepas menjaringk­an gol kelima Liver- pool dan melengkapk­an jarin- gan ketiga peribadi ketika beraksi pada perlawanan Kumpulan E Liga Juara Juara menentang Spartak Moscow di Anfield, Liverpool pada Rabu lepas. BERPESTA...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia