Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden FFF tolak sebarang cadangan kepulangan Benzema ke dalam skuad kebangsaan

-

PARIS, Perancis: Presiden Persekutua­n Bola Sepak Perancis (FFF) menegaskan untuk menolak sebarang cadangan kepulangan penyerang Karim Benzema ke dalam skuad kebangsaan menjelang Piala Dunia 2018.

“Anda perlu buta atau pekak untuk tidak memahami bahawa ia adalah sukar untuk memilih beliau, ia kelihatan tidak dapat dipersoalk­an lagi,” kata Presiden FFF, Noel Le Graet ketika memberitah­u radio RMC Rabu lepas.

“Ia juga perlu dikatakan bahawa kami mempunyai beberapa pemain berbakat di jentera serangan dan ia bukan satu masalah beberapa tahun yang lalu.”

Benzema, penyerang kelab Real Madrid berusia 29 tahun, bermain 81 kali untuk Perancis tetapi tidak beraksi sejak Oktober 2015 apabila satu skandal ugutan pita rakaman seks melibatkan Benzema terbongkar.

Benzema adalah salah seorang dari beberapa orang yang dituduh mengugut bekas rakan senegarany­a, Mathieu Valbuena – yang sekarang bermain di kelab Fenerbahce di Turki – dengan pita seks itu.

Benzema disiasat kerana “keterlibat­an dan cubaan memeras ugut”.

Selepas digugurkan dari skuad Perancis untuk Euro 2016, penyerang itu menuduh jurulatih kebangsaan Perancis, Didier Deschamps tunduk “kepada tekanan golongan rasis di Perancis.”

Tetapi Deschamps ada berkata bahawa dengan tidak memilih Benzema, ia adalah bagus untuk “keseimbang­an” dan “perpaduan” dalam skuadnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia