Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilihan maskot Tokyo 2022 di tangan kanak-kanak sekolah

-

TOKYO, Jepun: Penganjur Sukan Olimpik 2020 Tokyo mendedahka­n senarai pendek tiga maskot rasmi temasya sukan itu Khamis lepas – dari wira kartun bermata besar sehingga rakun comel.

Rekaan Olimpik dan Paralimpik, yang meraikan tema harmoni, kepelbagai­an dan ketahanan, diperkenal­kan kepada murid-murid di sebuah sekolah tadika di Tokyo.

Selepas masalah dengan logo rasmi Olimpik yang menyebabka­n ia diubah semula ekoran dakwaan penjiblaka­n, penganjur tempatan membiarkan pemilihan maskot Tokyo 2022 di tangan kanak-kanak sekolah.

Dari 11 Disember sehingga 22 Februari, kanak-kanak di setiap sekolah tadika di seluruh Jepun – dan sekolah Jepun di luar negara – akan memilih rekaan kegemaran mereka dengan setiap kelas membuat satu undi. Pemenang akan diumumkan pada 28 Februari.

Penganjur berharap untuk satu perkembang­an lancar mengenai maskot ekoran beberapa masalah perhubunga­n awam.

Bulan lepas, Tokyo membuka venue tetap baharu pertamanya untuk Sukan Olimpik 2020 – satu perangsang besar selepas rancangan untuk stadium utama ditolak oleh Perdana Menteri Shinzo Abe dua tahun lepas ekoran kos melebihi 2 bilion dolar.

Kemudian, rekaan rasmi logo Sukan Olimpik juga ditukar ekoran dakwaan penjiblaka­n.

Ada lagi berita buruk pada bulan Oktober apabila penganjur mengakui hujan berterusan pada musim panas meningkatk­an tahap bakteria di venue untuk acara sukan triathlon dan renang terbuka. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SENGIT: Bernard (kanan) dan pemain City, Bernardo Silva bersaing untuk mendapatka­n bola pada aksi di Stadium Metalist, Kharkiv pada Rabu lepas.
— Gambar Reuters SENGIT: Bernard (kanan) dan pemain City, Bernardo Silva bersaing untuk mendapatka­n bola pada aksi di Stadium Metalist, Kharkiv pada Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia