Utusan Borneo (Sarawak)

Real paksa Dortmund beraksi di Liga Europa

-

MADRID, Sepanyol: Cristiano Ronaldo menjadi pemain pertama untuk menjaringk­an gol dalam kesemua enam perlawanan pada pusingan pertama Liga JuaraJuara pada satu musim ketika juara bertahan, Real Madrid menewaskan Borussia Dortmund 3-2 Rabu lepas.

Lucas Vazquez menjaringk­an gol kemenangan Real, sembilan minit sebelum tamat untuk mara ke pusingan kedua selaku naib juara Kumpulan H, di belakang Tottenham Hotspur.

Ronaldo kini menjaringk­an sembilan gol dalam enam perlawanan Liga Juara-Juara setakat musim ini dengan satu gol cantik untuk gol kedua selepas Borja Mayoral membuka jaringan buat Real.

Pierre- Emerick Aubameyang meneruskan rekod cemerlang ketika menentang Real Madrid apabila mengikat kedudukan dengan dua gol dalam kedua-dua babak.

Tetapi walaupun dengan gol kemenangan lewat Vazquez, Dortmund terpaksa akur beraksi dalam Liga Europa dengan rekod paling rendah dua mata selepas memiliki perbezaan gol lebih baik berbanding APOEL Nicosia, yang tewas 0-3 di Spurs.

Real bagaimanap­un dilanda masalah terbaharu kecederaan pemain selepas Raphael Varane dikeluarka­n sebelum rehat kerana kecederaan.

Jurulatih Real, Zinedine Zidane, kini berdepan krisis di benteng pertahanan menjelang kunjungan Sevilla dalam aksi La Liga Sepanyol Sabtu ini selepas kapten pasukan, Sergio Ramos, Dani Carvajal dan Casemiro juga digantung pada perlawanan itu.

Zidane melakukan enam pertukaran dari pasukan yang bermula ketika seri tanpa jaringan di Athletic Bilbao tetapi mereka bermula dengan cemerlang.

Ronaldo melihat umpanan beliau sampai ke kaki Mayoral, yang kemudian tenang melakukan penyudah untuk gol pertama beliau dalam Liga Juara-Juara.

Ronaldo menjaringk­an gol ke-114 beliau di Eropah dengan satu rembatan cantik dari jarak jauh.

Dortmund bagaimanap­un enggan mengalah dan Aubameyang merapatkan kedudukan dua minit sebelum rehat sebelum pemain yang bercita-cita untuk bermain bersama Real Madrid itu mengikat kedudukan selepas rehat.

Ronaldo dinafikan gol kedua peribadi kerana ofsaid tetapi tidak lama selepas itu, Vazquez menjaringk­an gol kemenangan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KEKANG: Ronaldo (dua kanan) menerima asakan hebat daripada pemain Dortmund ketika beraksi pada perlawanan di Santiago Bernabeu, Madrid pada Rabu lepas.
— Gambar AFP KEKANG: Ronaldo (dua kanan) menerima asakan hebat daripada pemain Dortmund ketika beraksi pada perlawanan di Santiago Bernabeu, Madrid pada Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia