Utusan Borneo (Sarawak)

Gol Bernard, Ismaily pastikan Shakhtar ke pusingan kedua

-

KHARKIV, Ukraine: Dua pemain dari Brazil, Bernard dan Ismaily membantu Shakhtar Donetsk melangkah ke pusingan kedua Liga JuaraJuara dengan kemenangan 2-1 ke atas Manchester City Rabu lepas.

Gol dalam separuh masa pertama oleh kedua- dua pemain dengan kedua-dua bola dari umpanan Marlos, sudah memadai buat kelab dari Ukraine itu melangkah ke pusingan kedua kejohanan dan bakal menentang sama ada Manchester United, Barcelona dan Paris Saint Germain (PSG).

Shakhtar memerlukan hanya satu mata untuk mengesahka­n kemaraan selaku naib juara Kumpulan F di belakang Manchester City dan memulakan perlawanan dengan sembilan pemain berasal dari Brazil, termasuk Marlos, yang berkelahir­an Brazil tetapi menjadi pemastauti­n tetap di Ukraine.

Pada akhirnya, Shakhtar juga tidak perlu risau untuk tewas selepas Napoli tewas 1- 2 kepada Feyenoord di Rotterdam menerusi gol minit kecederaan.

Walaupun City bermain dengan agak baik – skuad kendalian Pep Guardiola bagaimanap­un tumpul di jentera serangan dan tewas buat kali pertama musim ini.

Selepas mengesahka­n kemaraan ke pusingan kedua selaku juara kumpulan sebelum perlawanan, Guardiola melakukan banyak pertukaran pemain dengan perhatian lebih tertumpu kepada perlawanan penting menentang Manchester United dalam Liga Perdana Ahad ini.

Beliau menurunkan pemain remaja berbakat, Phil Foden untuk penampilan sulung kesebelasa­n utama skuad senior.

Foden adalah bintang England yang memenangi Piala Dunia Bawah 17 Tahun di India pada bulan Oktober tetapi jelas kurang menyerlah ketika Shakhtar menguasai permainan.

Hanya tiga pemain mengekalka­n tempat dalam kesebelasa­n utama ketika menentang West Ham Ahad lepas tetapi City ketinggala­n 0-2 pada masa rehat.

Shakhtar mencipta beberapa peluang tetapi gagal menembusi pintu gol yang dijaga Ederson tetapi gol cantik Bernard memastikan Ederson dibolosi buat kali pertama pada minit ke-26.

Shakhtar menambah jaringan enam minit kemudian apabila Ismaily melepasi perangkap ofsaid City untuk menyempurn­akan umpanan Marlos.

Foden mencipta peluang terbaik City tetapi umpanan kepada Gabriel Jesus gagal disempurna­kan dengan kemas.

Separuh masa kedua agak hambar tetapi Shakhtar hampir menjaringk­an gol ketiga jika rembatan Taison tidak terlalu tinggi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia