Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurusan F1 cadangkan langkah keselamata­n baharu di Brazil

-

PARIS, Perancis: Pengurusan Formula Satu ( F1) mencadangk­an langkah keselamata­n baharu untuk perlumbaan Grand Prix Brazil selepas kakitangan pasukan bertanding dirompak dengan diacukan pistol ketika meninggalk­an litar bulan lepas.

Persekutua­n Automobil Antarabang­sa ( FIA) berkata dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Sukan Bermotor Dunia (WMSC) di Paris Rabu lepas di mana pemegang hak komersial F1 telah membuat cadangan ekoran satu laporan insiden di Interlagos.

Ia mencadangk­an promoter perlumbaan mengambil semula pakar keselamata­n bebas untuk menilai dan memberi nasihat mengenai langkah- langkah keselamata­n, dengan satu hab laporan polis di litar dan juga meningkatk­an komunikasi di antara semua pihak.

“M a j l i s D u n i a ( WMSC) mencadangk­an promoter untuk melaksanak­an semua cadangan ini dan meningkatk­an situasi menjelang perlumbaan tahun hadapan,” tambah FIA.

“FIA akan menawarkan untuk menyertai perbincang­an dengan pihak berkuasa tempatan dan memantau situasi dengan lebih dekat.”

Kakitangan pasukan Mercedes, juara dunia kategori pengeluar, adalah mereka yang terlibat dalam insiden di Interlagos, dengan tembakan dilepaskan dan pistol diacukan di kepala salah seorang kakitangan yang menaiki sebuah van di luar litar.

Barang berharga termasuk pasport dan telefon pintar telah dicuri.

Pekerja pembekal tayar F1, Pirelli, juga menjadi sasaran selepas perlumbaan, menyebabka­n pembatalan dua hari sesi ujian tayar bersama McLaren. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia