Utusan Borneo (Sarawak)

Kami tidak akan mengisytih­arkan boikot: Putin

-

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata Rabu lepas di mana atlet dari Rusia akan dibenarkan bertanding pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di bawah bendera berkecuali selepas negara itu digantung dari Sukan Olimpik ekoran program penipuan terancang dadah.

Ada spekulasi di mana Moscow mungkin memboikot Sukan Olimpik selepas Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC) Selasa lalu menggantun­g negara itu dari pertanding­an kerana apa yang digambarka­n oleh Presiden IOC, Thomas Bach sebagai “serangan ke atas maruah Sukan Olimpik dan sukan”.

Atlet bersih dari Rusia akan dibenarkan bertanding di bawah bendera Olimpik, kata IOC.

“Kami tidak akan mengisytih­arkan boikot, kami tidak akan menghalang atlet kami bertanding, jika mereka mahu menyertai secara individu,” kata Putin selepas satu ucapan di kilang automobil di Nizhny Novgorod, di mana beliau mengumumka­n beliau akan bertanding untuk penggal keempat sebagai presiden pada tahun hadapan.

“Keputusan akhir sudah tentu harus dibuat oleh pasukan Olimpik,” kata beliau.

Bach menyatakan beliau “mengambil perhatian” dari pengumuman Putin, dan menambah: “Saya berharap dan saya yakin atlet bersih Rusia akan mengambil peluang ini untuk menyertai Sukan Olimpik 2018 untuk mewakili generasi baharu atlet bersih.”

Bagi Putin, penggantun­gan itu “kelihatan seperti satu keputusan yang sudah dirancang dan bermotif politik.” Beliau mengulangi penafian di mana kerajaanny­a menaja penipuan dadah.

“Saya bersimpati dengan atlet – saya menganggap ramai di antara mereka sebagai rakan berbanding hanya atlet negara,” kata beliau.

Jurucakap Putin, Dmitry Peskov sebelum itu memberi amaran terhadap sebarang tindak balas ‘emosi’ terhadap penggantun­gan oleh IOC.

Pegawai Rusia dijangka akan bermesyuar­at mengenai penggantun­gan itu pada minggu hadapan.

Ahli politik dan atlet sebelum itu berasa marah dan kecewa dengan keputusan IOC.

Ketua Jawatankua­sa Olimpik Rusia, Alexander Zhukov, memberitah­u IOC di mana menghukum atlet bersih adalah ‘tidak adil dan tidak bermoral’.

Media Rusia menyuaraka­n rasa kesal dengan keputusan ketika mengalu-alukan kemungkina­n kehadiran beberapa atlet di Korea Selatan tahun hadapan walaupun di bawah kawalan ketat.

IOC “memilih salah satu pilihan paling sukar yang ada tetapi ia masih belum paling sukar,” iaitu penggantun­gan keseluruha­n atlet, tulis akhbar Kommersant.

“Ia sangat sukar untuk menerima tuduhan dan hukuman tetapi nasib atlet kami dan mengekalka­n tempat dalam keluarga Olimpik adalah lebih penting,” tulis akhbar Sport Express. — AFP

 ??  ?? BERSEDIA: Pasukan LBR Miri bersedia menentang pasukan Kuching pada petang esok.
BERSEDIA: Pasukan LBR Miri bersedia menentang pasukan Kuching pada petang esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia