Utusan Borneo (Sarawak)

Miri ikrar beraksi sehabis baik menentang Kuching esok

-

MIRI: Pasukan Liga Bolasepak Rakyat (LBR) Miri akan berjuang habis-habisan menentang pasukan Kuching Gedong Gator pada perlawanan yang akan berlangsun­g di Kuching, esok ( 9 Disember).

Ketua Jurulatih LBR Miri Mohd Hakimi Man berkata, pasukan Miri sudah membuat persiapan rapi dan bersedia dari pelbagai sudut.

“Dari segi kekuatan dan kelebihan, kedua-dua pasukan ternyata seimbang dari semua sudut seperti fizikal, mental dan taktikal perlawanan.

“Namun, Kuching mem- punyai sedikit kelebihan kerana beraksi di laman sendiri.

“Tetapi, saya yakin dengan pasukan Miri memandangk­an perlawanan di Mukah dan Bintulu sebelum ini, kita telah memenangi kedua-dua perlawanan tersebut biarpun beraksi di laman lawan,” katanya semalam.

Jelas Hakimi, berdasarka­n rekod pertemuan kedua-dua pasukan di Kuching, Miri belum pernah memenangi perlawanan di laman lawan, justeru ia bukan sahaja menambah motivasi, malah memberi cabaran kepada pasukan Miri untuk beraksi sehabis baik.

“Dengan ada motivasi dan cabaran ini, kita yakin LBR Miri akan mengakhiri perlawanan Sabtu ini dengan kemenangan,” ujarnya.

Dari segi pemlihan pemain, kata Hakimi, senarai utama berbeza dari sebelum dan mengambil kira semua faktor seperti corak permainan pasukan lawan, keadaan cuaca semasa hari perlawanan dan juga pengalaman.

Pasukan LBR Miri bertolak ke Kuching petang semalam dan bersedia menentang Kuching pada jam 4 petang esok di Stadium Negeri Petra Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia