Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad boling wanita sasar emas Sukan Asia

-

SEPANG: Selepas tampil cemerlang memenangi pingat emas acara berpasukan wanita pada Kejohanan Boling Dunia, skuad negara lebih optimis untuk mengulangi kejayaan yang sama pada temasya Sukan Asia di Indonesia tahun depan.

Pemain elit negara, Shalin Zulkifli berkata kemenangan di Kejohanan Dunia di Las Vegas, Amerika Syarikat, minggu lepas, membakar semangat pasukan negara supaya lebih konsisten untuk melakar kejayaan bersejarah di peringkat Asia.

“Sasaran kami selepas ini sememangny­a Sukan Asia. Selepas berjaya menewaskan Singapura pada Kejohanan Dunia, kami lebih positif untuk meneruskan prestasi yang lebih baik di Sukan Asia nanti,” katanya kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) bersama-sama skuad negara di sini, semalam.

Malaysia yang diketuai Shalin, Siti Safiyah Abdul Rahman, Sin Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Natasha Roslan meraih pingat emas dalam acara berpasukan wanita, tiga pingat perak disumbangk­an oleh Shahlin dan Lin Jane (beregu wanita), Li Jane (masters wanita) dan Siti Safiyah (keseluruha­n wanita).

Kejayaan pingat emas itu adalah kali ketiga buat pasukan negara selepas Kejohanan Dunia di Monterrey, Mexico pada 2007 dan edisi di Kuala Lumpur pada 2003.

Shahlin berkata beliau sangat berpuas hati dengan pencapaian pasukan sepanjang tahun ini apabila meraih keputusan cemerlang dalam dua kejohanan besar iaitu Sukan SEA Kuala Lumpur dan Kejohanan Dunia.

Selepas ini, skuad tersebut akan menggalas cabaran negara pada Kejohanan Boling Profesiona­l di Korea Selatan pada minggu depan sebagai kejohanan terakhir tahun ini.

Sebagai persiapan bagi Sukan Asia, katanya, skuad negara akan menyertai kejohanan di Sweden dan Finland pada awal tahun depan dan Cabaran Europah pada Mac serta beberapa kejohanan antarabang­sa yang lain.

Sementara itu Li Jane berkata secara keseluruha­n beliau menyifatka­n skuad wanita menampilka­n prestasi lebih cemerlang dan konsisten pada tahun ini.

Beliau berkata semangat sepasukan banyak membantuny­a meraih pingat perak dalam acara beregu dan masters wanita di Kejohanan Dunia.

“Daripada dulu lagi kami memang tidak pernah putus asa untuk menang pingat emas dalam acara berpasukan, saya berbangga akhirnya impian kami tercapai tahun ini,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Empat pasukan dari Liga Perdana 2017 iaitu Kuala Lumpur, Terengganu, PKNP FC dan Negeri Sembilan yang akan beraksi dalam saingan Liga Super musim depan telah lulus dalam permohonan mendapatka­n Lesen Kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataan yang dikeluarka­n badan induk itu hari ini berkata, surat kelulusan lesen telah dikeluarka­n selepas kesemua pasukan terbabit berjaya melepasi penilainan yang dibuat berdasarka­n enam kriteria utama dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM iaitu kesukanan, infrastruk­tur, pentadbira­n personel, perundanga­n, kewangan dan perniagaan.

Bagaimanap­un, menurut Hamidin hanya dua pasukan iaitu Kuala Lumpur dan Terengganu sahaja yang telah diberikan tempoh lanjutan selama dua minggu untuk melengkapk­an segala dokumen yang diperlukan.

“Mesyuarat First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM telah meniliti semua dokumen dihantar pasukanpas­ukan terbabit dan mendapati pasukan PKNP FC dan Negeri Sembilan berjaya lulus enam kriteria utama yang ditetapkan itu.

“Kuala Lumpur dan Terengganu pula telah diberi tempoh lanjutan selama dua minggu sehingga 30 November 2017 untuk mereka melengkapk­an dokumen yang diperlukan dan akhirnya sebelum tarikh tutup berk- enaan, kedua-dua pasukan berjaya juga untuk menghantar­nya dengan lengkap,” kata Hamidin dalam kenyataan itu.

Dalam pada itu, Hamidin turut mengucapka­n tahniah serta meluahkan rasa gembira dengan komitmen yang ditunjukka­n kesemua pasukan terbabit sepanjang dalam tempoh proses permohonan mendapatka­n lesen berkenaan.

“Tahniah kerana telah berjaya memperoleh Lesen Kelab FAM ini di atas usaha pihak pengurusan masingmasi­ng yang telah memberi komitmen sepenuhnya dalam memastikan permohonan mereka berjaya. Selamat maju jaya kepada keempat-empat pasukan ini bagi menghadapi saingan Liga Super 2018,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSEMANGA­T: Pasukan Boling Wanita Negara (dari kiri) Shalin, Syaidatul, Siti Safiyah, Sin Li Jane, Natasha dan Esther bersama pingat yang dimenangi mereka selepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur, Sepang semalam.
— Gambar Bernama BERSEMANGA­T: Pasukan Boling Wanita Negara (dari kiri) Shalin, Syaidatul, Siti Safiyah, Sin Li Jane, Natasha dan Esther bersama pingat yang dimenangi mereka selepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur, Sepang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia