Utusan Borneo (Sarawak)

TP17 cipta sejarah rangkul kejuaraan Kejohanan Futsal Piala Krismas 2017

-

KUCHING: Pasukan TP17 mencipta sejarah tersendiri apabila merangkul gelaran juara Kejohanan Futsal Piala Krismas 2017 yang berlangsun­g selama dua hari di Stadium Tertutup Samarahan baru-baru ini.

Pasukan itu dinobatkan juara kejohanan tersebut selepas menumpaska­n pasukan Forever Young dalam penentuan sepakan penalti 3-2 selepas terikat 0-0.

Selaku juara, TP17 membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala pusingan, piala iringan berserta medal.

Manakala, Forever Young membawa pulang hadiah tunai RM700, pialan iringan berserta medal.

Tempat ketiga bersama disandang Galatia Fom dan The Legend masing-masing membawa pulang wang tunai RM350, piala iringan berserta medal.

Anugerah khas membawa pulang piala dinobatkan kepada Welter (Forever Young) selaku pemain terbaik final, manakala Lance (TP17) selaku Penjaga Gol Terbaik.

Sementara itu, anak muda, Ervinstein dari pasukan Galatia Fom dinobatkan Pemain Belia Harapan ( 19TKB) Terbaik.

Bagi Anugerah Penjaring Terbanyak pula masing-masing dimenangi Zidan Juman ( Emmanuel Utd FC) dan Nicklass (Forever Young) dengan jaringan enam gol.

Manakala, Pasukan Terbaik disandang oleh The Legend dan Pengurusan Terbaik disandang oleh JU FT.

Kejohanan dua hari itu melibatkan 40 pasukan dari seluruh pelosok negeri.

Menurut Presiden Kelab Bola Sepak Emmanuel, Gidien Dayos, kejohanan futsal Piala Krismas merupakan medan untuk pemain mencungkil bakat serta menutup tirai aktiviti penganjura­n kelab ini sepanjang tahun.

Menurutnya lagi, pada tahun hadapan terutama kepada peminat futsal tanah air diseru bersedia untuk menyertai satu kejohanan futsal besar.

“Kita menganggar­kan wang tunai berjumlah hampir RM15,000 bakal dimenangi oleh pasukan yang bertanding,” ujarnya.

Justeru, pengurus pasukan yang berminat boleh menghubung­i 019-8382524 untuk maklumat lanjut.

“Penganjur kejohanan mengucapka­n berbanyak terima kasih kepada semua pasukan yang mengambil bahagian, barisan pengadil dan pihak Stadium Tertutup Samarahan kerana membantu menjayakan kejohanan tersebut,” tambahnya.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Pasukan TP17 ( barisan hadapan) juara futsal Piala Krismas 2017 merakam kenangan bersama pasukan lain.
UNTUK ALBUM: Pasukan TP17 ( barisan hadapan) juara futsal Piala Krismas 2017 merakam kenangan bersama pasukan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia