Utusan Borneo (Sarawak)

Tan Kai: Kerajaan akan terus sokong persatuan bola tampar di Sarawak

-

K U C H I N G : K e r a - jaan Sarawak akan terus menyokong persatuan bola tampar di negeri ini bagi mempromosi dan menghidupk­an semula zaman kegemilang­an sukan itu.

Antara langkah yang diambil adalah membantu persatuan untuk menganjurk­an pertanding­an di peringkat bahagian dan negeri dengan memperuntu­kkan dana bagi sukan bola tampar.

“Kita merupakan kuasa besar sekitar 1970-an dan 1980-an dalam sukan bola tampar ini yang mana kita juga meraih tempat kedua bagi lelaki dan wanita pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) tahun lepas.

“Menjadi dua terbaik di Malaysia belum memadai kerana kita mesti menjadi yang terbaik sekali gus mengembali­kan zaman kegemilang­an Sarawak dalam sukan bola tampar,” kata Setiausaha Politik Ketua Menteri Tan Kai.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian pada majlis perasmian Kejohanan Piala Bola Tampar di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Pending di sini malam kelmarin.

Menurutnya, bola tampar adalah sukan popular di negeri ini dan ia bukan lagi sukan tradisiona­l disertai masyarakat Cina tetapi kini sudah disukai kebanyakan masyarakat Bumiputera di sini.

“Bola tampar bukan sahaja mempromosi­kan semangat sepasukan dan gaya hidup sihat tetapi juga merupakan sukan yang menyatukan rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama,” tambah Tan Kai.

Justeru, beliau menggesa para peserta meletakkan semangat setiakawan dan kesukanan melebihi dari memenangi kejohanan tersebut.

Mewakili Dr Sim, beliau memohon maaf kerana tidak dapat hadir merasmikan kejohanan itu namun kementeria­n itu akan terus menyokong Persatuan Bola Tampar Bahagian Kuching (KDVA) dalam menganjurk­an kejohanan seumpama itu di negeri ini.

Terdahulu, Presiden KDVA Tay Chang Seng berkata, kejohanan itu mendapat sambutan yang amat menggalakk­an di kalangan peserta.

“Seramai 27 pasukan termasuk 13 pasukan wanita menyertai kejohanan bola tampar ini dan ada di kalangan pasukan datang dari Mukah, Betong, Sarikei, Lundu, Kuching dan Samarahan,” ujarnya.

Sehubungan itu, Tay mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Dr Sim kerana memberi sokongan padu kepada persatuann­ya untuk menganjurk­an kejohanan seumpama itu di sini.

Antara pasukan terlibat, kategori lelaki IJM Land, PDRM, CV’S, UNIMAS, Mukah, Medicmix, PJVC, CHMS No 1, SVC (SIDMA), UiTM, Mega Electrical, Alumni MRSM Betong, Lundu dan Politeknik Kuching.

Manakala kategori wanita pula dibarisi UiTM, CHMS No 1, JLKN, UNIMAS, Camaraderi­e Eternally, Li Ting Sangat Gemuk (LTSG), PDRM, Politeknik Kuching, Friendly, CV’S, Icarevc Mukah, PJVC dan SVC (SIDMA).

Hadir sama Naib Presiden KDVA Andrew Ting, Setiausaha Chai Poh Fatt dan ahli persatuan lain.

 ??  ?? RASMI: Tan Kai merasmikan Kejohanan Piala Bola Tampar 2017 sambil ditemani (dari kanan) Andrew, Chai dan Tay serta ahli persatuan lain.
RASMI: Tan Kai merasmikan Kejohanan Piala Bola Tampar 2017 sambil ditemani (dari kanan) Andrew, Chai dan Tay serta ahli persatuan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia