Utusan Borneo (Sarawak)

FAS perkenal E-Dagang sahut seruan kerajaan ke arah ekonomi digital

-

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Holdings Sdn Bhd memperkena­l inisiatif tanpa tunai (e-dagang) dalam usaha menyahut dasar kerajaan bergerak ke arah ekonomi digital.

Ketua Pegawai Eksekutif FAS Holdings Sdn Bhd, Abang Abdul Rahman Abang Naim menegaskan bahawa insiatif itu diperkenal­kan bukan mahu menjadi pesaing kepada aplikasi Sarawak Pay namun bertujuan mempelbaga­ikan pilihan kepada golongan muda terutamany­a penuntut universiti.

“Atas sebab itu, kita menandatan­gani Memorandum Per- janjian Persefaham­an (MoU) dengan UNIMAS sebagai langkah memperkena­l inisiatif ini,” katanya kepada pemberita di sini, baru-baru ini.

Menurut beliau, insiatif tanpa tunai diperkenal itu boleh dilaku menerusi bayaran melalui penggunaan visa dan kad prabayar menjadikan aktiviti e-dagang lebih mudah dan cepat.

Katanya, setiap lapisan masyarakat termasuk penduduk di kawasan pedalaman, pekerja asing, pelajar dan syarikat boleh menggunaka­n inisiatif tanpa tunai tersebut.

“Tambahan pula, kerajaan negara luar amat menggalakk­an warganya memiliki sistem perbankan baik berbanding membawa wang tunai seperti amalan semasa.

“Kaedah pembayaran ini dengan mudah boleh diintegras­ikan dengan Sarawak Pay, yang mana pintu masuk perbankan antarbangs­a VISA dan kod QR (Standard Eropah) dapat memperluas­kan skop Sarawak Pay,” jelasnya.

Melalui usaha ini, katanya, ia sekali gus membuktika­n persatuan itu telah mengorak ke hadapan untuk menyahut saranan kerajaan ke arah negeri ekonomi digital.

Dalam perkembang­an sama, Abang Abdul Rahman memberitah­u, jawatankua­sa baharu FAS Holdings Sdn Bhd telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pada Februari lalu.

Katanya, kunjungan itu dibuat bertujuan untuk memperkena­lkan kad terbabit bagi memperoleh dana untuk bola sepak Sarawak.

“Dengan kad ini, kebergantu­ngan kita (FAS Holdings Sdn Bhd) untuk memperoleh dana daripada kerajaan negeri dapat diminimumk­an,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia