Utusan Borneo (Sarawak)

Miri perlu lebih banyak kafe moden untuk penuhi permintaan pelancong

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Chatime iaitu kafe teh (teahouse) francais popular dari Taiwan membuka cawangan pertamanya di Miri berdekatan Kompleks Islam Sarawak ( KIS) di pusat komersil baharu, 101.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin diberi penghormat­an untuk merasmikan kafe ini semalam.

Majlis dimulakan dengan persembaha­n tarian singa dan memotong reben di hadapan kafe sebagai tanda simbolik perasmian.

Lee yang juga ADUN Senadin memberitah­u pembukaan kafe moden seperti Chatime bukan sahaja menambah pilihan bahkan tarikan di Miri.

‘ Miri memerlukan lebih banyak kafe moden untuk memenuhi permintaan pelbagai pelancong ke Miri, khasnya pelancong muda yang menggemari tempat sebegini, “jelas beliau.

Sehubungan itu, Lee menggesa pengusaha restoran dan kedai kopi di sini untuk menitikber­atkan aspek kebersihan melibatkan penyediaan makanan dan kebersihan premis.

Mereka juga perlu memastikan tandas senantiasa berada dalam keadaan bersih untuk kegunaan pelanggan.

“Saya meminta pihak Majlis Bandaraya Miri untuk bekerjasam­a dengan semua pengusaha makanan dan minuman untuk memperting­katkan tahap kebersihan premis mereka,” jelasnya.

Lee berkata, premis makanan merupakan lokasi tumpuan pelancong untuk mencuba juadah yang terkenal di destinasi yang dikunjungi.

Oleh yang demikian, kebersihan dan kesihatan merupakan keutamaan pengusaha memastikan premis mendapat sambutan.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Chatime, Alan Lee memberitah­u, sebanyak 90 jenis minuman ditawarkan kepada pelanggan pada setiap hari.

“Buat masa ini kita tawarkan menu minuman sahaja. Pada masa akan datang, kita akan sediakan snek seperti kentang goreng dan ayam goreng Taiwan, “jelasnya.

Beliau memberitah­u, kafe boleh menempatka­n seramai 50 pelanggan dalam satu masa, dibuka dari jam 11 pagi hingga 11 malam pada hari biasa dan sehingga jam 12 malam pada hujung minggu.

 ??  ?? TARIKAN TERBAHARU: Dari empat kiri, Alan, Datuk Lee bersama ahli keluarga Alan memotong reben sebagai tanda simbolik perasmian Chatime pertama di Miri semalam.
TARIKAN TERBAHARU: Dari empat kiri, Alan, Datuk Lee bersama ahli keluarga Alan memotong reben sebagai tanda simbolik perasmian Chatime pertama di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia