Utusan Borneo (Sarawak)

Ekspo Perabot dan Rumah Ke-8 di Pusat Pameran CityOne

-

KUCHING: Persatuan Industri Perabot Sarawak menganjurk­an Ekspo Perabot dan Rumah Ke-8, bermula 7 hingga 10 Disember ini di Pusat Pameran CityOne, di sini.

Presiden Persatuan Industri Perabot Sarawak, Lai King Min berkata ekspo tahunan itu adalah untuk mendapatka­n dana bagi menampung kos operasi persatuan.

“Ekspo ini menampilka­n produk- produk berkualiti tinggi oleh pempamer dari industri perabot Sarawak dan Malaysia di bawah satu bumbung bagi memudahkan orang ramai membeli perabot idaman pada harga yang berpatutan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurut Lai, pempamer yang menyertai ekspo kali ini terdiri daripada peniaga dan pengeluar perabot termasuk barangan elektrik dan sebagainya dari pelbagai jenama.

Beliau menambah sebanyak 100 gerai pameran turut dibuka dan menyasarka­n sejumlah 10,000 pengunjung pada ekspo selama empat hari itu.

Lai berkata ekspo yang dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam itu, turut menawarkan hadiah cabutan bertuah yang menarik kepada pengunjung seperti televisyen LED 50 inci, peti sejuk dua pintu, ketuhar dan banyak lagi.

“Pengunjung yang membuat pembelian RM500 ke atas akan layak untuk menyertai cabutan bertuah utama, yang akan dicabut pada jam 8.30 malam sempena hari terakhir ekspo pada 10 Disember,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 082-457270 atau WhatsApp 019,8790802 atau e-mel sfia88@gmail.com.

 ??  ?? BERKUALITI TINGGI: Lai (tengah) meninjau gerai pameran yang dibuka sempena Ekspo Perabot dan Rumah Ke-8, di Pusat Pameran CityOne, di Kuching.
BERKUALITI TINGGI: Lai (tengah) meninjau gerai pameran yang dibuka sempena Ekspo Perabot dan Rumah Ke-8, di Pusat Pameran CityOne, di Kuching.
 ??  ?? TARIKAN: Perabot yang diperbuat menggunaka­n aluminium, adalah antara tarikan sempena Ekspo Perabot dan Rumah Ke-8, di Pusat Pameran CityOne, di Kuching.
TARIKAN: Perabot yang diperbuat menggunaka­n aluminium, adalah antara tarikan sempena Ekspo Perabot dan Rumah Ke-8, di Pusat Pameran CityOne, di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia