Utusan Borneo (Sarawak)

Permintaan bagi hartanah mewah masih kukuh, kata UEM Sunrise

-

KUALA LUMPUR: Permintaan bagi hartanah mewah masih kukuh, terutamany­a di Lembah Klang, kata Ketua Pegawai Operasi Pembanguna­n UEM Sunrise Bhd, Datuk Roslan Ibrahim.

Beliau berkata ini berdasarka­n kadar pembelian yang tinggi bagi projek kediamanny­a yang terkini, Residensi Solaris Parq di Dutamas di sini, iaitu sebanyak 80 peratus sehingga akhir November 2017.

“Kami mencapai kadar pembelian tersebut dalam tempoh kurang dua bulan, mengatasi sasaran awal kami iaitu lebih rendah daripada 80 peratus,” katanya kepada pemberita selepas lawatan media bagi unit pameran projek tersebut di sini semalam.

Roslan berkata lebihan penawaran unit kediaman mewah bukan satu isu walaupun keadaan pasaran hartanah lembap di negara ini.

“Lokasi memainkan peranan penting, selain pasaran sasaran. Bagi Residensi Solaris Parq, kami menyasarka­n pembeli asing, belia dan pesara yang ingin mencari rumah lebih kecil selepas anak-anak mereka berpindah,” katanya.

Projek tersebut, dijadualka­n siap pada 2022, merupakan sebahagian daripada projek pembanguna­n bercampur UEM Sunrise dan mempunyai nilai pembanguna­n kasar (GDV) sebanyak RM755 juta.

Roslan berkata syarikat akan mendapatka­n maklum balas pelanggan sebelum meneruskan dengan fasa seterusnya projek pembanguna­n bercampur.

“Kami sentiasa bertanya kepada pelanggan kami apa yang mereka mahukan sebelum kami meneruskan dengan pembinaan sebarang projek baharu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia