Utusan Borneo (Sarawak)

Gantung vaksin antidenggi, Filipina rancang saman Sanofi

-

MANILA: Filipina berhasrat untuk menyaman Sanofi selepas pihak berkuasa menggantun­g vaksin antidenggi milik syarikat farmaseuti­kal gergasi itu sebagai tindak balas kepada amaran syarikat itu bahawa ubat itu boleh menyebabka­n jangkitan serius dalam sebahagian kes, kata setiausaha kesihatan semalam.

Badan kawal selia membekukan program imunisasi denggi awam Filipina yang pertama seumpamany­a di dunia dan menggantun­g semua penjualan vaksin itu Isnin lepas setelah Sanofi berkata Dengvaxia boleh memburukka­n lagi simptom bagi orang yang divaksin dan dijangkiti penyakit itu buat pertama kali.

“Pada akhirnya ia adalah mahkamah undang-undang yang akan membuat keputusan mengenai tanggungja­wab Sanofi,” kata Setiausaha Kesihatan Francisco Duque menerusi televisyen ABS-CBN.

Pentadbira­n presiden lama Benigno Aquino melancarka­n program vaksinasi itu pada tahun lepas, menjadikan Fili- pina negara pertama menggunaka­n Dengvaxia pada skala besar-besaran.

Kira-kira 830,000 kanakkanak sekolah sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tersebut, kata Duque semalam. Sebelum ini kerajaan berkata lebih 733,000 sudah divaksin.

Pengumuman Sanofi pada minggu lepas menimbulka­n kebimbanga­n yang serius di Filipina – di mana penyakit bawaan nyamuk itu amat berleluasa.

Syarikat Perancis itu pada Isnin lepas cuba meredakan kebimbanga­n dengan menyatakan Dengvaxia tidak akan menyebabka­n sesiapa yang menerima imunisasi untuk mati dan tidak akan menyebabka­n jangkitan denggi.

Bagaimanap­un Duque semalam berkata kenyataan Sanofi baru-baru ini mengenai Dengvaxia adalah “mengeliruk­an”.

Duque berkata beliau mungkin akan meminta Sanofi membayar balik 1.4 bilion peso (RM112 juta) bagi bekalan Dengvaxia yang tidak digunakan.

Beliau menambah kerajaan mungkin juga akan menuntut agar Sanofi menyediaka­n “dana jaminan ganti rugi” untuk membayar kos kemasukan hospital bagi kanakkanak yang divaksin di bawah program awam yang akan jatuh sakit.

Sanofi tidak dapat dihubungi segera untuk mendapatka­n ulasan mengenai kenyataan Duque.

Ditanya sama ada kerajaan akan menyaman Sanofi ataupun tidak jika dakwaan tentang ketiadaan ketelusan terbukti benar, Duque berkata: “Saya pasti ia akan sampai di sana.”

Beliau menambah: “Jika Sanofi didapati menyembuny­ikan maklumat penting yang dapat mengubah kesudahan daripada semua masalah ini dan pembuat keputusan dari Jabatan Kesihatan dalam pentadbira­n lama, maka mereka bertanggun­gjawab.”

Duque berkata pendengara­n Kongres berhubung isu ini akan bermula pada minggu depan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PROTES: Gambar 5 Disember menunjukka­n anggota dan penyokong kumpulan wanita GABRIELA membawa sepanduk dan melaungkan slogan di luar pejabat Jabatan Kesihatan di Manila ekoran penggantun­gan penjualan dan pengagihan vaksin antidenggi Sanofi, Dengvaxia.
— Gambar AFP PROTES: Gambar 5 Disember menunjukka­n anggota dan penyokong kumpulan wanita GABRIELA membawa sepanduk dan melaungkan slogan di luar pejabat Jabatan Kesihatan di Manila ekoran penggantun­gan penjualan dan pengagihan vaksin antidenggi Sanofi, Dengvaxia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia