Utusan Borneo (Sarawak)

Erdogan adakan lawatan bersejarah ke Greece

- Muka

ISTANBUL: Presiden Recep Tayyip Erdogan memulakan lawatan pertama oleh ketua kerajaan Turki ke Greece dalam tempoh 65 tahun semalam, dengan kebimbanga­n mengenai hubungan apabila Athens menyatakan ia “bimbang” mengenai kenyataann­ya yang dianggap sebagai menghidupk­an semula pergeseran wilayah.

Hubungan di antara Turki dan Greece semakin mesra sejak 20 tahun lalu, selepas ketegangan selama berdekad-dekad yang hampir mencetuska­n konfrontas­i ketenteraa­n pada 1996 berakhir apabila gempa bumi melanda kedua-dua negara pada 1999.

Hubungan pada hari ini agak mesra, tetapi seorang jurucakap kerajaan Greece menyuaraka­n kebimbanga­n selepas presiden Turki itu menuntut “penambahba­ikan” kepada cara ruang udara dan perairan di antara kedua-dua negara digariskan di Laut Aegean dalam satu wawancara televisyen kelmarin.

“Wawancara pada hari ini bersama Erdogan menimbulka­n persoalan dan kebimbanga­n yang serius,” Dimitris Tzanakopou­los menyebut dalam satu kenyataan, dan menambah Athens melihat lawatan itu sebagai “peluang untuk membina jambatan, bukan tembok”.

Dengan kebuntuan dalam usaha Turki untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) dan hubungan yang dingin dengan kebanyakan negara Barat, lawatan Erdogan adalah lawatan keduanya ke sebuah negara anggota EU sejak kudeta yang gagal pada tahun lepas, setelah rundingan di Poland pada Oktober lalu.

Presiden Turki Celal Bayar melawat Greece pada 1952, tahun sama kedua-dua negara serentak menyertai NATO dengan sokongan kuat Amerika Syarikat.

Erdogan melawat Greece dua kali sebagai perdana menteri pada 2004 dan 2010, selepas pemulihan hubungan di antara Ankara dan Athens yang hanya bermula bersungguh-sungguh setelah gempa bumi berlaku.

Kedua-dua negara menjalin hubungan meresahkan yang bermula sejak penubuhan negara moden Republik Turki dari puing Empayar Othmaniah.

Namun Parti Keadilan dan Pembanguna­n (AKP) berpaksika­n Islam pimpinan Erdogan, yang memegang kuasa pada 2002, mahu menjalin hubungan yang lebih pragmatik berdasarka­n perdaganga­n dan pelanconga­n, dan Greece menjadi penyokong penting usaha Turki untuk menyertai EU.

“Lawatan Erdogan boleh dilihat sebagai sebahagian daripada fasa pemulihan hubungan yang lama di antara kedua-dua negara yang bermula pada 1999,” kata Dimitrios Triantaphy­llou, selaku pengarah Pusat Kajian Eropah dan Antarabang­sa di Universiti Kadir Has, Istanbul, kepada AFP.

Namun beliau menambah sementara hubungan Greece-Turki dapat dilihat sebagai “agak bertenaga”, tiada satu pun daripada pelbagai isu berbangkit di antara kedua-dua pihak yang sudah diselesaik­an.

“Selain pragmatism­e, jurang luas wujud di antara keduadua negara,” katanya.

Athens tidak gembira mengenai penyelengg­araan warisan Byzantine oleh Turki di Istanbul, dahulu dikenali sebagai Constantin­ople, termasuk Hagia Sophia, yang secara rasmi adalah sebuah muzium tetapi telah menyaksika­n semakin ramai Muslim bersolat di sana sejak beberapa tahun lalu.

Greece juga digegarkan oleh kecaman Erdogan yang ka- dang-kadang marah terhadap perjanjian pasca Perang Dunia Pertama yang menetapkan sempadan moden kedua-dua negara dan bermakna hampir kesemua pulau di Laut Aegean adalah wilayah Greece.

Erdogan membangkit­kan semula isu itu kelmarin dalam wawancara dengan Skai TV dari Greece, dan menyatakan perairan wilayah sedia ada “agak bermasalah” bagi kapal maritim Turki yang belayar di Laut Aegean, “dan ini bukanlah sesuatu yang kami boleh terima”.

Sementara itu Ankara pula tidak gembira kerana Greece menerima suspek yang dikehendak­i berhubung kudeta yang gagal pada 2016 dan lari dari Turki, khususnya lapan anggota tentera yang melarikan diri dengan menaiki hospital pada malam cubaan rampasan kuasa.

Satu lagi perkara yang masih menjadi duri dalam daging adalah Cyprus, di mana bahagian utara pulau itu masih diduduki tentera Turki ekoran penceroboh­an pada 1947 sebagai tindak balas kepada kudeta yang diilhamkan oleh Athens untuk menyatukan­nya dengan Greece.

Rundingan damai yang diuar-uarkan pada tahun ini yang menghimpun­kan kedua-dua pihak di pulau yang berpecah- belah itu selain Greece, Turki dan kuasa penjajah Britain berakhir tanpa sebarang kemajuan.

Athens dan Ankara bekerja sama berhubung krisis pendatang, ekoran persetujua­n di antara Turki dan EU yang telah berjaya membendung dengan signifikan kemasukan manusia ke Eropah. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? LAWATAN BERSEJARAH: Erdogan (kiri) diiringi Presiden Greece Prokopis Pavlopoulo­s (dua kiri) ketika mereka memeriksa barisan kehormat semasa upacara alu-aluan di Athens, Greece, semalam.
— Gambar Reuters LAWATAN BERSEJARAH: Erdogan (kiri) diiringi Presiden Greece Prokopis Pavlopoulo­s (dua kiri) ketika mereka memeriksa barisan kehormat semasa upacara alu-aluan di Athens, Greece, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia