Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran hutan ancam ribuan rumah agam di Los Angeles

-

LOS ANGELES (LA): Kebakaran meliputi wilayah LA kelmarin, yang memaksa lebih 200,000 penduduk untuk lari selain mengancam ribuan rumah, termasuk rumah agam dalam kawasan kejiranan mewah Bel-Air.

Pihak berkuasa mengeluark­an amaran “unggu” – yang tidak pernah digunakan sebelum ini – kerana bahaya ekstrem termasuk ribut yang dapat mencapai kelajuan 128 kilometer sejam, yang menghambat usaha memadamkan kebakaran.

“Semalam ia bergerak lebih jauh ke utara, tetapi pada pagi ini kami bangun dan ia berada di timur kami,” kata penduduk LA, Patricia Moore, 84, yang memunggah harta benda ke dalam but keretanya.

“Kami mendengar enjin bomba sebelum jam 6 pagi tadi, dan kami kata, ‘Mungkin kita harus mula membawa barang kita ke dalam kereta’.”

Kebakaran sudah memusnahka­n kira-kira 32,000 hektar dalam masa lebih sehari sejak kebakaran ‘Thomas’, kebakaran terbesar di negeri itu setakat ini, berlaku, yang mengorbank­an sekurang-kurangkan seorang mangsa di sebuah kawasan kira-kira 45 minit dari pusat LA.

Ribut kuat mencetuska­n satu lagi gelombang kebakaran belantara pada malam kelmarin, termasuk satu dalam kawasan kejiranan mewah Bel-Air di LA.

Kawasan itu mengalami kesesakan lalu-lintas apabila penduduk lari dari abu dan asap yang berkepul-kepul di atas lereng bukit yang membara di bandar raya kedua terbesar Amerika Syarikat (AS) itu.

Kru bomba berusaha untuk menyelamat­kan rumah mewah yang diancam kebakaran.

Datuk Bandar LA Eric Garcetti berkata lebih 230,000 terpaksa meninggalk­an rumah mereka dalam daerahdaer­ah LA dan Ventura.

“Ribut sangat kuat” yang bertiup dari timur laut ke barat daya menyebabka­n kebakaran merebak, katanya, dan memberi amaran kepada ‘Angelenos’ (warga LA) untuk bersedia lari dalam masa singkat.

Di Bel-Air, itulah apa yang mereka buat.

Kebakaran ‘Skirball’ berlaku sebelum jam 5 pagi dan pantas merebak untuk meliputi kira-kira 150 ekar sekitar daerah tersebut, di mana selebriti dan bilionair tinggal termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX Elon Musk dan superstar pop Beyonce.

Polis mengetuk pintu dan menggunaka­n alat pembesar suara untuk memastikan semua orang meninggalk­an rumah agam mereka.

“Mereka malah menyuruh kami meninggalk­an kawasan itu,” kata salah seorang pegawai.

Di antara orang terakhir untuk pergi adalah Evan Kleib, seorang jurugambar berjambang, ketika dia mengunci pintu rumahnya. Dia menyimpan kamera dan anjingnya di dalam kereta merahnya yang antik dan meninggalk­an rumah di mana dia tinggal sejak beberapa tahun lalu, dengan nasibnya yang tidak diketahui.

Media AS melaporkan Bel-Air Moraga Estate milik taikun media Rupert Murdoch, yang mengandung­i sebuah kebun anggur, diancam oleh kebakaran belantara.

Penyanyi Lionel Richie membatalka­n konsert untuk membantu bekas isterinya meninggalk­an kawasan itu manakala pelawak Chelsea Handler dan pereka Adrienne Maloof adalah antara selebriti yang menulis dalam Twitter bahawa mereka terpaksa meninggalk­an rumah mereka.

Ribut diramal akan memburukka­n lagi kebakaran, dan mengancam lebih banyak rumah mewah dan muzium Getty Center yang tersohor.

Kebakaran ‘Skirball’ – dekat sebuah pusat kebudayaan dengan nama yang sama – turut mendorong pihak berkuasa untuk menutup 405 Freeway, sebuah koridor komuter penting.

Penduduk di kejiranan LA mewah antara Mulholland Drive di utara dan Sunset Boulevard di selatan merupakan sebahagian daripada zon evakuasi.

Institusi kesenian Getty – yang menyimpan adikarya termasuk karya Edouard Manet – ditutup sehingga semalam.

Pihak berkuasa muzium tweet bahawa “sistem penapisan udara melindungi galeri daripada asap”.

Universiti California LA yang berprestij berada dekat kawasan yang sama dan akhirnya turut dikosongka­n, selepas pelajar memulakan hari dengan memakai penutup muka.

Puluhan buah sekolah ditutup, sama seperti Kolej Santa Monica.

Ke utara di Ventura County, kebakaran ‘ Thomas’ masih belum dapat dikawal, selepas ia berlaku di bukit pokok oak dan semak ke utara Santa Paula, yang dijana oleh tetamu bermusim yang kuat dikenali sebagai ribut Santa Ana.

Sekurang-kurangnya 4,000 anggota bomba dikerahkan ke seluruh zon kebakaran, termasuk di lokasi kebakaran ‘Rye’ – yang sudah berkembang kepada 7,000 ekar dalam kawasan Santa Clarita – selain kebakaran ‘Creek’ ke utara pusat bandar raya LA yang sudah berkembang kepada lebih 11,000 ekar.

Gabenor California Jerry Brown mengisytih­arkan keadaan darurat di kawasan itu Selasa lepas.

Agensi Pengurusan Darurat Persekutua­n ( FEMA) berkata ia sudah mengeluark­an dana untuk khidmat bantuan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERBAKAR: Helikopter mencurah air ke atas rumah agam yang terletak di puncak bukit dalam kawasan kejiranan mewah Bel-Air, timur dari 405 Freeway menuju utara di Los Angeles, kelmarin.
— Gambar AFP TERBAKAR: Helikopter mencurah air ke atas rumah agam yang terletak di puncak bukit dalam kawasan kejiranan mewah Bel-Air, timur dari 405 Freeway menuju utara di Los Angeles, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia