Utusan Borneo (Sarawak)

ENAM NYARIS RENTUNG KERETA TIBA-TIBA TERBAKAR

-

MIRI: Enam penumpang termasuk seorang pemandu nyaris rentung apabila kereta dinaiki tiba-tiba terbakar dalam satu kejadian di tepi jalan Kampung Rasau Kelulit dekat sini pagi semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Miri Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Law Poh Kiong berkata kebakaran tersebut menyebabka­n kereta itu hangus sepenuhnya.

Menurutnya, kesemua penumpang serta pemandu berjaya keluar menyelamat­kan diri sebelum api mula marak.

“Bomba menerima panggilan kecemasan daripada seorang pengadu berkenaan kes kebakaran tersebut kira-kira pada jam 11.57 pagi.

“Empat anggota LFRT diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Abang Mohd Fhazil dan dua anggota EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri telah dikerahkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Menurut Law, bomba tiba di lokasi bertindak melakukan pemadaman dan berjaya mengawal kebakaran tersebut kira-kira jam 12.59 tengah hari.

“Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan bomba dan operasi tamat kira-kira jam 1 petang,” katanya.

Dalam insiden berasingan, dua kenderaan terbalik di atas jalan raya selepas terlibat kemalangan kendiri di dua lokasi berlainan, semalam.

Kejadian pertama berlaku apabila sebuah kereta berpusing lalu terbalik ke jalan bertentang­an di Jalan Pujut 7 di sini awal pagi semalam.

Menurut sumber, kemalangan berlaku pada kirakira jam 3 pagi ketika dalam perjalanan dari arah Pujut 7 ke Lutong.

“Kereta mangsa dipercayai secara tiba-tiba hilang kawalan lalu menyebabka­n ia terlibat kemalangan kendiri.

“Akibat hilang kawalan, kereta dari laluan Pujut 7 ke arah Lutong itu terbabas dan berpusing ke laluan Jalan Lutong ke arah Pujut 7,” kata sumber.

Selain itu, dalam kejadian kedua, dua mangsa tidak mengalami kecederaan selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) dipandu terlibat kemalangan kendiri di Jalan Miri-Lutong di sini pagi semalam.

Menurut sumber, kemalangan kira-kira pada jam 11 pagi itu berlaku apabila 4WD tersebut hilang kawalan lalu terbalik di atas jalan raya.

Sebelum kemalangan berlaku, 4WD tersebut sedang dalam perjalanan dari Lutong ke pusat bandar.

 ??  ?? PADAM: Bomba berjaya mengawal kebakaran kereta tersebut.
PADAM: Bomba berjaya mengawal kebakaran kereta tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia