Utusan Borneo (Sarawak)

RETAK PINGGUL TERJUN BANGUNAN CUBA LARI TANGKAPAN POLIS

-

SIBU: Tindakan seorang suspek lelaki terjun dari tingkat satu sebuah bangunan di Jalan Aman di sini membawa padah apabila retak tulang pinggul ketika cuba meloloskan diri daripada tangkapan malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superinten­den Martin Koo berkata, lelaki tersebut merupakan suspek utama berumur 47 tahun dikesan pasukan D4 berhubung satu kes curi telefon dilapor pada 4 Disember lalu.

Katanya, suspek cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis di rumah sewanya di Jalan Aman sekitar jam 10.15 malam Rabu lalu.

“Suspek akhirnya berjaya ditangkap kerana tidak mampu melarikan diri dan mengadu sakit di bahagian pinggul selepas terjunan tersebut,” katanya.

Suspek kemudian dihantar ke Hospital Sibu dan pemeriksaa­n doktor mengesahka­n suspek mengalami retak sedikit di bahagian tulang pinggul.

Katanya, suspek yang merupakan pemandu lori akan disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

“Suspek kini ditahan di dalam wad untuk rawatan lanjut,” tambahnya.

Difahamkan, seorang wanita membuat laporan polis bahawa telefon bimbitnya disyaki hilang di rumah sewa yang terletak di bangunan sama antara jam 8 pada 2 Disember hingga jam 1.30 petang 3 Dis lalu.

Polis juga telah menahan seorang suspek lelaki berumur 37 tahun sebelum menangkap suspek utama dalam kes curi dalam bangunan tersebut.

 ??  ?? AKIBAT TERJUN: Suspek diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sibu.
AKIBAT TERJUN: Suspek diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sibu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia