Utusan Borneo (Sarawak)

PinkPong & Baby Shark temui peminat di Malaysia

-

Baby Shark doo doo, doo doo doo doo

Baby Shark doo doo, doo doo doo doo

Baby Shark doo doo, doo doo doo doo

Baby Shark INI adalah berita baik buat semua kerana musang warna merah jambu, Pinkfong, yang berjaya membuatkan anda tidak kira berapa usia anda menari mengikut irama lagu Baby Shark akan berada di Malaysia hujung ming-gu ini. Peminat-peminat Pinkfong boleh menari bersama keluarga jerung ini di Highstreet, One Utama Shopping Centre, Petaling Jaya sempena Fun Escapade 2017 yang akan berlangsun­g mulai esok (9 Disember) sehingga Ahad ini. Sejak dimuat naik di laman Youtube pada Jun tahun lalu, video Baby Shark sudah ditonton lebih 632 juta kali selain turut turut dirakam semula oleh para peminatnya di seluruh dunia malah diparodika­n.

Selain Pinkfong dan Baby Shark, orang ramai juga boleh menemui watak kegemaran lain seperti Teenage Mutant Ninja Turtles, Ben 10, Didi and Friends, Cam and Leon, The Zee Stars di Fun Escapade 2017.

Tetapi sebelum itu, Astro akan melancarka­n secara rasmi kerjasaman­ya dengan SmartStudy, syarikat yang berpangkal­an di Korea dan bertanggun­gjawab memperkena­lkan Pinkfong pada hari ini di tempat yang sama di mana ia akan turut mendedahka­n beberapa lagu baharu yang dibuat eksklusif untuk pasaran Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.astro. com.my/funescapad­e.

Bagi peminat di Sarawak dan Sabah, jangan gusar kerana anda boleh menonton Baby Shark dan lagu kanak-kanak kegemaran anda yang lain yang dibawakan khas oleh Pinkfong di Astro Best (saluran 481).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia