Utusan Borneo (Sarawak)

Noah Live In Kuala Lumpur

bagai satu suntikan nyawa untuk peminat

-

KUALA LUMPUR: Kata Ariel Noah untuk pasangan bercinta, jika tidak ketemu sebulan, perasaan rindu pasti menjelma.

Jika beberapa bulan atau setahun sekalipun masih kerinduan tetapi jika sehingga sampai satu dekad, tiada lagi rindu, tiada lagi ingatan.

Perumpamaa­n itu dituturkan oleh Ariel semasa konsert Noah: Live In Kuala Lumpur yang diadakan pada 25 Nov lalu di Stadium Negara di sini.

Beliau berterima kasih kerana walaupun sudah sedekad tidak bertemu peminat di Malaysia, mereka masih diingati.

Kali terakhir band dari Indonesia ini menghiburk­an para peminat Malaysia dalam skala besar sebuah konsert adalah pada tahun 2006 dengan mendukung nama Peterpan.

SUNTIKAN NYAWA

Pada malam itu, Noah memberikan suntikan ‘nyawa’ kepada peminat yang sekian lama menunggu band muzik pujaan mereka ini kembali ke Kuala Lumpur melalui lagu-lagu hits mereka antaranya ‘Seperti Kemarin’, ‘Mungkin Nanti’, ‘Tak Bisakah’, ‘Langit Tak Mendengar’, ‘Topeng’, ‘Separuh Aku’, ‘Semua Tentang Kita’ dan ‘Khayalan Tingkat Tinggi’.

Konsert bermula dengan lagu pembukaan ‘Seperti Kemarin’ yang dimainkan oleh band ini namun peminat hanya dapat melihat bayangan Ariel, Loekman, Uki dan David yang berada di belakang tabir putih.

Ariel yang jelas semakin matang suaranya tidak kekok berinterak­si dengan penonton menjadikan persembaha­n Noah bertambah hidup lagi mengujakan.

Rata-rata peminat yang berjumlah hampir 5,000 itu seperti ‘balas dendam’ selepas 10 tahun band ini tidak mengadakan persembaha­n besar di sini kerana hampir semua lagu yang dinyanyika­n oleh Ariel turut mereka nyanyikan bersama.

Apabila lagu ‘Khayalan Tingkat Tinggi’ mula dimainkan tiada siapapun dapat mengagak penyanyi rap Malaysia, Altimet akan muncul di pentas bersama Noah.

MALAM MAGIKAL

‘Mash up’ lagu ‘Khayalan Tingkat Tinggi’ dan ‘Amboi’ menjadikan malam itu sesuatu yang ajaib bagi peminat yang semakin menggila.

Namun magis malam itu sedikit tercalar dengan laungan beberapa peminat lelaki nakal yang meminta vokalis Noah membuka bajunya namun dengan selamba beliau mengatakan fasa buka baju itu sudah berlalu.

Bagi penulis selepas lagu terakhir dimainkan, Ariel, Loekman, Uki, David dan keseluruha­n team produksi berjaya memberikan pengalaman manis lagi magikal untuk para peminat muzik mereka di sini. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia