Utusan Borneo (Sarawak)

Singapura tarik balik kerakyatan ‘pengatur keputusan bola sepak’

-

SINGAPURA: Singapura semalam menarik balik kerakyatan seorang pemain bola sepak kelahiran Mali kerana didakwa menjadi anggota sebuah sindiket penetapan keputusan perlawanan global, kata pihak berkuasa dan laporan.

Media tempatan melaporkan Gaye Alassane, yang bermain bersama sebuah kelab tempatan, pertama kali ditahan pada 2013 sebagai sebahagian daripada operasi menyeluruh ke atas kumpulan penetapan keputusan perlawanan di tengahteng­ah dakwaan bahawa Singapura telah menjadi hab bagi amalan haram itu.

Ketika mengumumka­n langkah terbaharu, kementeria­n dalam negeri berkata ia telah melucutkan kerakyatan seseorang berusia 43 tahun yang merupakan “anggota aktif dan dipercayai” dalam sebuah sindiket besar yang beroperasi dari hab kewangan Asia Tenggara itu.

Kelakuan jenayah individu itu yang serius bukan sahaja menjejaska­n integriti sistem kewangan Singapura, tetapi juga keluhuran undangunda­ng,” satu kenyataan kementeria­n menyebut.

Akhbar The Straits Times mengenal pasti orang itu sebagai Alassane yang dilahirkan di Mali dan menjadi warga Singapura selepas dia pertama kali datang ke negara itu pada 1993. Dia dituduh pergi ke negara lain sebagai sebahagian daripada usaha menetapkan keputusan perlawanan dan mengangkut wang sogokan.

Dakwaan mengenai Singapura digunakan sebagai pangkalan bagi penetapan keputusan bola sepak mencemari reputasi negara itu sebagai salah sebuah negara paling tidak korup di dunia, dan mendorong pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

Alassane dilaporkan seorang anggota sindiket yang diketuai ahli perniagaan Dan Tan, yang menurut pakar merupakan antara yang paling agresif di dunia.

Tan pertama kali ditangkap pada 2013 selepas berulang kali disebut dalam dokumen mahkamah di Itali kerana peranannya dalam penetapan keputusan perlawanan transnasio­nal.

Dia belum menghadapi perbicaraa­n atau didakwa – ia adalah sukar untuk membawa kes terhadap suspek yang dituduh menetapkan keputusan perlawanan kerana saksi kadang-kadang takut untuk memberikan keterangan – tetapi masih dalam penjara di bawah undang-undang ketat yang membenarka­n suspek ditahan tanpa didakwa.

Alassane ditahan di bawah undang-undang yang sama pada 2013 tetapi kemudian dilepaskan dan sekarang berada di bawah pengawasan polis. Dia ada hak untuk mengemukak­an rayuan terhadap keputusan menarik balik kerakyatan­nya, dan dalam tempoh itu dia akan terus tinggal di Singapura.

Polis berkata penetapan keputusan perlawanan global menjana hasil berbilion dolar setahun, yang sebahagian­nya didorong oleh populariti taruhan dalam talian ke atas keputusan perlawanan dan statistik perlawanan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia