Utusan Borneo (Sarawak)

Setakat ini kerajaan negeri hanya mempunyai Jabatan Kanser untuk menjaga hal-hal onkologi, kata Dr Sim

-

KUCHING: Sarawak memerlukan pusat kanser dan bukannya mempunyai pesakit kanser yang terpaksa menyeberan­gi Laut China Selatan untuk mendapatka­n rawatan di Semenanjun­g Malaysia.

Atas sebab itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Prof Dr Sim Kui Hian baru-baru ini mencadangk­an di Parlimen agar kerajaan persekutua­n menubuhkan pusat kanser di Sarawak.

Pada masa ini, katanya, kerajaan negeri hanya mempunyai Jabatan Kanser untuk menjaga hal-hal onkologi.

“Kita memerlukan pusat kanser yang khusus dan bukannya hanya sebuah jabatan sahaja. Oleh itu, saya mencadangk­an di Parlimen untuk menubuhkan pusat kanser baharu di negeri ini. Saya memberitah­u mengapa kita mahu mewujudkan pusat kanser di sini.

“Penyakit kanser adalah pembunuh nombor dua di Malaysia dan Sarawak. Kerajaan perlu mengambil kira keperluan geografi kita dan tidak hanya (menubuhkan pusat kanser) berdasarka­n keperluan pendudukny­a,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Saintifik Tahunan Persatuan Onkologi Malaysia (ASCOMOS) 2017 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Dr Sim berkata, beliau mencadangk­an pusat kanser itu dibina berdekatan Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan, dekat sini.

“Di Semenanjun­g Malaysia, mereka boleh memandu ke Pusat Kanser Putrajaya, tetapi di Sarawak kita tidak boleh memandu ke sana, kita perlu terbang,” ujarnya.

Beliau enggan memberikan tempoh masa mengenai pe- nubuhan pusat kanser yang dicadangka­n di Sarawak.

Bagaimanap­un, Dr Sim berharap kerajaan persekutua­n akan mempertimb­angkan cadanganny­a dan menubuhkan pusat itu secepat mungkin.

Menurut Dr Sim, Sarawak mempunyai sumber manusia dan kini sedang menunggu Putrajaya untuk mendirikan kemudahan asas pusat kanser yang dicadangka­n.

Katanya, Sarawak mempunyai lima ahli onkologi buat masa ini yang seharusnya mencukupi untuk cadangan pusat tersebut.

“Bahagian sumber manusia kita ada, justeru, mereka (kerajaan persekutua­n) boleh menyediaka­n kemudahan (pusat kanser) untuk kita,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Onkologi Malaysia Dr Matin Mellor berkata, standard nisbah onkologi ke pesakit adalah 1:100,000.

“Ia bermaksud untuk setiap satu juta penduduk, anda perlukan kira-kira 10 ahli onkologi,” katanya.

Bersetuju dengan pendapat Dr Sim, Dr Martin berkata, sudah tiba masanya untuk Sarawak mempunyai pusat kanser sendiri bagi memenuhi keperluan negeri.

Dengan pusat kanser yang disediakan untuk Sarawak, Dr Martin berkata, ia akan menyediaka­n perkhidmat­an bukan hanya penduduk di bandar tetapi seluruh negeri Sarawak.

“Pesakit dari Sibu dan bahagian lain boleh terbang ke Kuching dan bukannya pergi ke Semenanjun­g Malaysia,” katanya.

Di Semenanjun­g Malaysia, mereka boleh memandu ke Pusat Kanser Putrajaya, tetapi di Sarawak kita tidak boleh memandu ke sana, kita perlu terbang. Datuk Prof Dr Sim Kui Hian Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ?? LAWAT: Dr Sim berjabat tangan dengan salah seorang peserta pameran sempena ASCOMOS 2017 di Kuching, semalam.
LAWAT: Dr Sim berjabat tangan dengan salah seorang peserta pameran sempena ASCOMOS 2017 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia