Utusan Borneo (Sarawak)

12 pintu Rumah Uyok putus hubungan akibat tanah runtuh

-

BETONG: Kira- kira 48 penduduk daripada 12 pintu penghuni Rumah Panjang Uyok, Lempaong, Spak dekat sini dibelenggu musibah tanah runtuh dan penduduk terputus hubungan sejak beberapa hari lalu.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah(PPAD) Leftenan Muda (PA) Desem Samuel, laluan jalan utama penduduk untuk keluar dihalang tanah runtuh.

“Kesukaran penduduk keluar dan mendapatka­n keperluan asas sejak beberapa hari lalu terpaksa melalui jalan tanah merah dan berbahaya,” katanya.

Beliau memberitah­u demikian ketika mengulas berhubung penghantar­an bantuan bekalan makanan kepada penduduk terputus hubungan akibat bencana alam kerumah panjang Uyok, Lempaong, Spak dekat sini semalam.

Tambahnya juga pasukan Sekretaria­t Pengurusan Bencana Negara, keadaan jalan licin dan becak akibat hujan turun di kawasan terbabit menyebabka­n pasukan petugas pemantau terpaksa berjalan kaki sejauh tiga kilometer ke rumah panjang berkenaan.

“Beberapa agensi turut terlibat iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Tentera Malaysia Kem Pakit Sri Aman, PDRM, Bomba dan Penyelamat Malaysia Betong dan APM Betong,” katanya.

Bencana alam berlaku di beberapa kawasan di sini terutama bagi kawasan pedalaman dan hulu sungai masih belum mempunyai kemudahan asas seperti jalan raya berturap terus dibelenggu masalah terputus hubungan selain kawasan di bandar dihantui masalah perparitan menyebabka­n banjir.

Perkara ini menyebabka­n keresahan penduduk apabila tiba musim hujan pada penghujung tahun dan agensi pelaksana juga perlu berjagajag­a setiap masa.

 ??  ?? HANTAR BANTUAN: Agensi pelaksana menghulurk­an bantuan kepada penduduk terjejas.
HANTAR BANTUAN: Agensi pelaksana menghulurk­an bantuan kepada penduduk terjejas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia