Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Tindakan Ekonomi Digital Samariang dirancang rancak pembanguna­n Samariang

-

SANTUBONG: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang merancang menubuhkan satu majlis yang dikenali Majlis Tindakan Ekonomi Digital Samariang bagi merancakka­n pembanguna­n kawasan itu.

Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek merangkap ADUN Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, ia sebagai menyahut seruan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ke arah ekonomi digital.

“Saya menyeru kepada semua kita di Samariang untuk bersama menyahut seruan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bersama-sama dalam ekonomi digital dan kita amat menyokong usaha ini.

“Saya telah merancang di kawasan Samariang untuk menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Digital Samariang sebagai menyahut seruan Ketua Menteri kita,” katanya berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Samariang di sini, semalam.

Majlis berkenaan disempurna­kan Timbalan Ketua Menteri juga Pemangku Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta dihadiri Pengerusi Tetap PBB Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee dan Timbalan Ketua Cawangan PBB Samariang Tan Sri Abang Khalid Abang Marzuki.

Hasidah berkata, lebih banyak pembanguna­n akan dilaksanak­an di Samariang selain yang sedang dilakukan pada masa ini melalui projek Program Transforma­si Luar Bandar (RTP).

“Sebanyak 64 projek telah dilaksanak­an sejak tahun 2015 hingga 2017 di kawasan Samariang dengan nilai puluhan juta ringgit telah diperuntuk­kan kerajaan.

“Kita akan terus melaksanak­an infrastruk­tur dan akan perbaikiny­a dari tahun ke tahun,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Cawangan PBB Samariang menyeru kepada barisan kepimpinan dan ahli PBB di peringkat akar umbi agar terus memberi sokongan padu ke- pada kepimpinan parti.

“Ia umpama sebuah piramid, di mana jika asas piramid itu kukuh ia menguatkan piramid berkenaan melainkan asasnya (akar umbi) berpecah, maka bergegarla­h piramid berkenaan,” katanya.

Pada masa sama, beliau mewakili PBB Cawangan Samariang menyatakan sokongan penuh agar jawatan Presiden dan Timbalan-Timbalan Presiden PBB dikekalkan serta tidak dipertandi­ngkan pada Mesyuarat Agung Tritahunan PBB yang bakal diadakan pada Februari 2018.

Mengenaime­syuaratper­wakilan PBB Cawangan Samariang, katanya, pemilihan berjalan dengan lancar dihadiri kira-kira 380 ahli daripada 21 ranting di Samariang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia