Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat harus ubah perspektif mengenai penjagaan paliatif

-

SIBU: Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh mahu masyarakat mengubah perspektif mengenai penjagaan paliatif yang disifatkan tiada apaapa yang dapat ditawarkan.

“Penjagaan paliatif adalah satu perkhidmat­an yang bertujuan untuk meningkatk­an kualiti hidup pesakit dengan penyakit yang mengancam nyawa serta orang yang dikasihi mereka.

“Ini dilakukan melalui penilaian dan rawatan kesihatan, masalah fizikal, psikososia­l dan rohani. Selain itu, penjagaan paliatif juga memberikan kelegaan dari kesakitan dan lain lain-lain gejala,” jelasnya.

Wong berkata demikian ketika merasmikan Kempan Kesedaran Penjagaan Paliatif dan Hari AIDS Sedunia 2017 di Star Mega Mall di sini, semalam.

Kempen bertemakan ‘Right to Health. Get Treated, End AIDS’ anjuran Hospital Sibu dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia.

Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua berkata, Hospital Sibu mempunyai pasukan penjagaan paliatif yang terdiri daripada doktor dan jururawat terlatih untuk menyediaka­n perkhidmat­an kepada mereka yang memerlukan.

“Penjagaanp­aliatifjug­amenawarka­n sistem sokongan untuk membantu pesakit hidup secara aktif dan untuk membantu keluarga menangani penyakit pesakit,” ujarnya.

Justeru, Wong menjemput orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penjagaan paliatif yang disediakan di Hospital Sibu.

Hadir sama ialah Pengarah Hospital Sibu Dr Ngian Hie Ung, Pengerusi Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia Cawangan Sibu Dr Clement Chen dan pengerusi pengelola Dr Liong Chee Chiat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia