Utusan Borneo (Sarawak)

Semua pihak perlu bersama kerajaan banteras dadah yang merupakan musuh nombor satu negara

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Penggunaan dadah jenis sintetik semakin berleluasa di negara ini boleh merosak dan menjahanam anak bangsa.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata semua pihak perlu bersama kerajaan membantera­s dadah yang merupakan musuh nombor satu negara.

“Penggunaan dadah jenis sintetik dan terbaharu ‘flakka’ banyak merosak dan menjahanam­kan anak bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Amal Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Cawangan Limbang di sini malam kelmarin.

Turut hadir ialah Wali Kota Majlis Daerah Limbang juga Timbalan Pengerusi PEMADAM Limbang Kr Sufian Mohat, Timbalan Pegawai Daerah Limbang Hamidah

Penggunaan dadah jenis sintetik dan terbaharu ‘flakka’ banyak merosak dan menjahanam­kan anak bangsa. Hasbi Habibollah Ahli Parlimen Limbang

Halpi dan Pemangku Pegawai Pendidikan Daerah Limbang Suraya Hasbibolla­h.

Hasbi menjelaska­n lagi walaupun kerajaan menunjukka­n keseriusan menangani dadah, masih terdapat kilang dadah beroperasi secara sembunyi di negara ini.

Katanya gejala penyalahgu­naan dadah semakin serius bukan saja di negara ini malah di peringkat global.

“Masalah dadah semakin berleluasa, mana silapnya. Walaupun kerajaan serius menangani musuh nombor satu ini masih ada kilang dadah hebat di dalam negara kita,” katanya.

Hasbi berkata lagi ada juga pengedar dadah menjual dadah jenis gula-gula kepada anak menyebabka­n mereka ketagih apabila meningkat dewasa.

“Bagi mereka (pengedar) ia merupakan perniagaan, walaupun dadah perosak masa depan negara,” katanya.

Di negara global beliau berkata ada penjualan dadah dilakukan untuk pembelian senjata.

“Menjadi tanggungja­wab kita, ibu bapa, sekolah, NGO dan semua pihak untuk menangani masalah dadah.

“Teruskan usaha kita berjuang melawan dan membenci dadah khusus di Limbang terkenal penggunaan dadah jenis syabu bagi mengelak ia berjangkit kepada orang kita sayangi,”katanya lagi.

Beliau juga mahu masyarakat menjadi mata dan telinga kepada agensi penguatkua­saan jika terdapat aktiviti penyalahgu­naan di kawasan mereka.

“Jangan takut melapor sebarang aktiviti di kawasan kita, ini merupakan tanggungja­wan kita untuk membantera­s dadah peringkat akar umbi,” tegasnya lagi.

Pada majlis itu Hasbi mengumumka­n geran daripada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sebanyak RM10,000 dan Hasbi RM5,000 kepada PEMADAM Limbang.

Terdahulu Sufian berkata program itu diadakan untuk mengutip dana untuk PEMADAM Limbang melaksana program.

Jelasnya pelbagai aktiviti diadakan PEMADAM Limbang dalam usaha untuk memerangi aktiviti penyalahgu­naan dadah.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Sufian menyerahka­n cenderamat­a kepada Hasbi (lima kanan) malam kelmarin.
TERIMA KASIH: Sufian menyerahka­n cenderamat­a kepada Hasbi (lima kanan) malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia