Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif infrastruk­tur pertama IAM di Sarawak dijangka bermula Februari 2018, beri manfaat kepada kira-kira 30 keluarga

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia (IAM) akan melaksanak­an projek bekalan air bersih di Kampung Sibu Laut pada 2018.

Presiden IAM Zawahir Abdullah berkata, projek ini merupakan salah satu daripada usaha kemanusiaa­n IAM di negeri ini dalam bentuk projek infrastruk­tur selain bantuan makanan dan persekolah­an.

Menurut beliau, projek di Kampung Sibu Laut dijangka menelan kos antara RM150,000 dan RM200,000.

Ia akan dibiayai oleh Etiqa Takaful Berhad sebagai sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) syarikat kepada komuniti, katanya.

“Projek bekalan air bersih di Kampung Sibu Laut ini merupakan projek infrastruk­tur pertama IAM di Sarawak dan kita jangka ia akan mula dilaksanak­an pada Februari tahun depan.

“Sebaik siap nanti, projek ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 30 keluarga yang mendiami kampung ini yang mana hanya bergantung kepada air tadahan hujan untuk kegunaan harian mereka.

“Kita berharap projek ini nanti akan dapat menyediaka­n bekalan air bersih yang konsisten kepada penduduk termasuk untuk kegunaan pelajar, guru dan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Sibu Laut,” ujarnya.

Zawahir berkata demikian ketika ditemui pada Program Jejak Prihatin di Masjid Darul Ikhwan, Kampung Muara Tebas dekat sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Sarawak Etiqa Insurans dan Takaful Wong Chee Tung, Pengurus Etiqa Insurans dan Takaful Kuching Sylvester Ng dan Ketua Kaum Sudin Rashid.

Tambah Zawahir, usaha kemanusiaa­n IAM dalam projek infrastruk­tur telah lama bermula di Semenanjun­g Malaysia termasuk di luar negara.

Antara negara-negara yang pernah dikunjungi IAM bagi usaha kemanusiaa­n ialah Sri Lanka, Vietnam, Nepal, Indonesia, Thailand dan Kemboja melibatkan pelbagai bentuk projek infrastruk­tur.

Selain itu, katanya, IAM juga membantu dalam membina rumah bagi mangsa banjir, orang kelainan upaya (OKU), mangsa bencana alam dan mangsa kebakaran.

Sepanjang tahun ini sahaja, jelasnya, IAM telah membina sebanyak lima unit rumah untuk OKU di Kelantan dan sebuah di Kedah mengikut spesifikas­i mesra OKU.

IAM sebelum ini juga telah membina sebanyak 73 unit rumah untuk mangsa banjir melibatkan dana lebih daripada RM7 juta di Semenanjun­g Malaysia, tambahnya.

Sebaik siap nanti, projek ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 30 keluarga yang mendiami kampung ini yang mana hanya bergantung kepada air tadahan hujan untuk kegunaan harian mereka. Zawahir Abdullah Presiden IAM

 ??  ?? RINGAN BEBAN: Sebahagian daripada penerima bantuan Program Jejak Prihatin merakamkan gambar bersama jawatankua­sa penganjur dari IAM dan Etiqa Takaful Berhad di Masjid Darul Ikhwan, Kampung Muara Tebas semalam.
RINGAN BEBAN: Sebahagian daripada penerima bantuan Program Jejak Prihatin merakamkan gambar bersama jawatankua­sa penganjur dari IAM dan Etiqa Takaful Berhad di Masjid Darul Ikhwan, Kampung Muara Tebas semalam.
 ??  ?? BANTU MASYARAKAT: Zawahir (tengah) bercakap kepada media pada Program Jejak Prihatin di Kampung Muara Tebas, Kuching semalam. Turut kelihatan Wong (kanan), Sudin (kiri), Sylvester (berdiri kanan).
BANTU MASYARAKAT: Zawahir (tengah) bercakap kepada media pada Program Jejak Prihatin di Kampung Muara Tebas, Kuching semalam. Turut kelihatan Wong (kanan), Sudin (kiri), Sylvester (berdiri kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia