Utusan Borneo (Sarawak)

Kongsi idea, asah minda untuk terus beri khidmat terbaik: Entulu

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Ketuamasya­rakat dan ketua kaum perlu menyertai program yang mampu meningkatk­an kepimpinan dan mengasah minda supaya dapat membantu dalam penyediaan perkhidmat­an kepada penduduk di peringkat akar umbi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Selangau, Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, ketua masyarakat dan ketua kaum perlu mengadakan perbincang­an, berkongsi idea dan perkara yang mampu mengasahka­n minda mereka yang akan membantu mereka memimpin anak-anak buah mencapai kemajuan dalam perkara berkaitan.

Beliau berkata demikian semasa menyempurn­akan Majlis Perasmian Jawatankua­sa Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum ( KMKK) Daerah Tatau di Hotel Promenade malam kelmarin.

Entulu turut menyatakan mengenai ciri persatuan berjaya dan merujuk kepada Jawatankua­sa KMKK tersebut agar penyandang jawatan dalam persatuan perlu dihad kepada tempoh tertentu sama ada dalam tempoh dua penggal dan seterusnya terutama untuk jawatan peringkat tertinggi.

Jelasnya, menghadkan tempoh memegang jawatan kepada jawatankua­sa tertinggi persatuan bertujuan agar pemegang jawatan tidak leka dan lalai dalam tugasan memberi perkhidmat­an kepada ahli-ahlinya serta peringkat akar umbi di samping memberi peluang kepada yang lain berkelayak­an untuk memegang jawatan yang ada.

Selain itu katanya, jawatankua­sa terbabit perlu mengadakan mesyuarat tiga tahun sekali serta mengemukak­an laporan kewangan persatuan supaya ahli jawatankua­sa mengetahui mengenai perkembang­annya terutama laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengelak persatuan daripada dibatalkan.

Katanya, ketua masyarakat dan ketua-ketua kaum dalam persatuan juga perlu bergaul dengan semua pihak supaya mereka mengetahui keadaan ahli dan keperluan semasa masyarakat.

“Segala masalah yang berlaku atau dikemukaka­n oleh peringkat akar umbi perlu didengari agar dapat ditangani dengan sebaiknya.

“Jangan mendengar luahan satu pihak sahaja untuk mencari penyelesai­an dan luahan kedua-dua pihak perlu didengari supaya semua pihak berpuas hati,” tambahnya.

Beliau berkata, ketua masyarakat juga perlu memimpin anak buah di bawah tanggungja­wab dengan menyertai aktiviti bermanfaat serta bekerjasam­a melaksanak­an pelbagai kerja yang membawa manfaat kepada keseluruha­n kawasan yang dipimpin mereka.

“Pemimpin masyarakat tidak seharusnya hanya bekerja sebagai ketua masyarakat untuk mendapatka­n gaji sahajanya sebaliknya tanggungja­wabnya mereka adalah untuk menjaga keperluan anak-anak buah atau penduduk kampung,” katanya.

Ujarnya, tugas dan tanggungja­wab ketua- ketua masyarakat, tuai-tuai rumah, penghulu dan sebagainya pada hari ini berubah berbanding pada satu ketika dahulu dan tanggungja­wab bukan sahaja hanya di kampung atau rumah panjang

Segala masalah yang berlaku atau dikemukaka­n oleh peringkat akar umbi perlu didengari agar dapat ditangani dengan sebaiknya. Datuk Joseph Entulu Belaun Menteri di Jabatan Perdana Menteri

tetapi lebih meluas.

Katanya, mereka perlu proaktif bertindak apabila segala masalah akar umbi diadukan agar dapat dibawa ke peringkat atasan terutama aduan atau laporan berkaitan kepentinga­n rakyat kepada pejabat-pejabat daerah.

Pada majlis itu beliau mengumum peruntukan RM50,000 kepada Jawatankua­sa KMKK Daerah Tatau bagi membantu jawatankua­sa itu menganjurk­an aktiviti mereka dan lainlainny­a serta membantu meningkatk­an kepimpinan dan kemahiran.

Dalam pada itu Pengerusi Jawatankua­sa KMKK, Penghulu Sanok Mangai berkata, Jawatankua­sa KMKK telah ditubuhkan dengan ROS pada tahun 2015 dan pengerusin­ya sebelum ini merupakan Pemanca Valerie Manyie Lanyu.

“Pemilihan pengerusi diadakan tiga tahun sekali dan melalui jawatankua­sa ini kami merancang untuk mengadakan lebih banyak aktiviti tahun hadapan dan antara aktiviti sebelum ini ialah lawatan sambil belajar ke Semenanjun­g Malaysia dengan menyaksika­n sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan berkaitan kemajuan yang dicapai pihak terbabit,” katanya.

Beliau turut memohon agar diwujudkan jawatan temenggung untuk suku kaum Orang Ulu di Bintulu dan jawatan pemanca untuk Orang Ulu di Tatau.

Hadir pada majlis itu isteri Entulu, Datin Jackline Anthony; Pegawai Daerah Tatau, Barayan Lenya; Penolong Pegawai merangkap Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Tatau, Mohamad Dino Amid; Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Denis Bunyam; Pembantu Peribadi Ahli Parlimen Bintulu, Teo Ho Ping dan tetamu lain.

 ??  ?? RASMI: Entulu menandatan­gani plat khas simbolik perasmian Jawatankua­sa KMKK DaerahTata­u sambil disaksikan oleh (dari dua kanan) Pemanca Valerie, Barayan, Penghulu Sanok serta yang lain.
RASMI: Entulu menandatan­gani plat khas simbolik perasmian Jawatankua­sa KMKK DaerahTata­u sambil disaksikan oleh (dari dua kanan) Pemanca Valerie, Barayan, Penghulu Sanok serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia