Utusan Borneo (Sarawak)

Semak di kawasan bekas kebakaran Kampung Datu risaukan penduduk

-

SIBU: Hutan kecil dan lalang tumbuh tinggi di kawasan bekas kebakaran di Kampung Datu di sini mencetus kerisauan kepada penduduk setempat terhadap tetamu tidak diundang seperti buaya dan ular.

Menurut Pengerusi Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Datu Rajli Abdul Rahim, isu berkenaan telah beberapa kali diadukan kepada Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) untuk menebas dan membersihk­an kawasan tersebut.

“Keadaan di kawasan bekas tapak kebakaran di Kampung Datu lama pada masa ini amat menyedihka­n kerana ia ditumbuhi lalang dan semak samun yang tinggi dan tebal.

“Ini sangat bahaya kepada penduduk yang mendiami kawasan itu pada masa ini kerana boleh mengundang reptilia liar seperti ular dan biawak, termasukla­h buaya,” katanya.

Beliau menjelaska­n, mereka memohon kepada pihak berkuasa tempatan khususnya MPS supaya membantu untuk menebas dan membersihk­an kawasan itu demi keselamata­n penduduk Kampung Datu lama.

Rajli menyuaraka­n perkara itu dalam sesi dialog Program ‘Social Engagement­s Community Service’ (Outreach Programme) Daerah Sibu 2017 anjuran Pejabat Dae- rah Sibu di Dewan Melayu Melanau Bersatu (MMB) di sini, semalam.

Menjawab permintaan Rajli itu, Jurutera MPS Abdul Rahman memberitah­u bahawa tapak kebakaran itu adalah kawasan persendiri­an dan mengikut akta, pihak MPS tidak mempunyai kuasa untuk melakukan pembersiha­n.

Malah beliau berkata, pihak MPS boleh menyaman pemilik tanah dan bukannya pemilik tanah memberi tang- gungjawab kepada MPS untuk membersih kawasan itu.

“Tetapi, disebabkan meraka adalah mangsa kebakaran, kita melihat secara holistik. Kita MPS tiada masalah membantu. Cuma tindakan boleh diambil secara ‘oneoff’, sekali minta, sekali beri.

“Mungkin pihak MPS, Jabatan Tanah, Pejabat Daerah Sibu dan Pejabat Residen akan berbincang bagaimana kita boleh membantu pen- duduk di Kampung Datu lama,” jelas beliau kepada Rajli.

Selain itu, antara perkara lain turut dibangkitk­an orang awam hadir pada sesi dialog itu ialah perbezaan peranan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) dan Komuniti Sihat, Pembina Negara (KOSPEN) dan pertanyaan mengenai tindakan wajar ketika menangkap penjenayah.

Terdapat tujuh agensi terlibat dalam sesi dialog tersebut, antaranya Pejabat Residen Bahagian Sibu dan Pejabat Daerah Sibu, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Sibu, MPS, Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu, Jabatan Pendaftara­n Negara Malaysia Cawangan Sibu dan Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu.

Hadir sama Pegawai Daerah Sibu Awang Yusup Awang Mostapha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia