Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Pahang diminta berwaspada menjelang musim tengkujuh

-

RAUB: Rakyat negeri ini terutama mereka yang tinggal di kawasan rendah dan berhampira­n sungai diingatkan supaya lebih berhati- hati terutama selepas 16 Dis.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah ini berikutan ramalan Jabatan Meteorolog­i yang menyatakan cuaca lebih buruk akan berlaku selepas 16 Dis nanti.

“Selalunya dalam bulan Disember hingga Januari memang jangka, cuaca agak berbeza dengan hujan lebat, namun kita doa cuaca akan bertambah baik dan tidak akan ada musibah yang melanda Pahang.

“Kalau boleh kita tidak mahu insiden yang tidak diingini berlaku termasuk kehilangan nyawa, jadi kena sentiasa berwaspada sebelum terlambat,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas berangkat mencemar duli melawat Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Kampung Pia di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Abdul Wahab Mat Yasin dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang Zainal Yusoff.

Dalam lawatan itu baginda meluangkan masa lebih sejam dan menyampaik­an sumbangan kepada 28 keluarga mangsa banjir yang ditempatka­n di situ selain turut menyajikan makanan kepada mereka.

Baginda turut mengingatk­an semua mangsa yang ditempatka­n di pusat pemindahan sementara agar dapat bersama-sama menjaga kebersihan termasuk tandas agar semua pihak dapat menggunaka­n kemudahan itu dengan selesa.

Sementara itu baginda meminta pihak berkuasa agar dapat memastikan bantuan yang diberikan itu tidak bertindih dan tertumpu hanya pada satu-satu kawasan sahaja.

“Setelah beberapa tahun dilanda banjir kini kita kini mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditambah baik dari tahun ke tahun.

“Ini merupakan satu langkah baik yang diambil oleh kerajaan dengan mengurangk­an kesusahan rakyat ketika ditimpa musibah, sehubungan itu saya berharap usaha ini tidaklah fokus satu kawasan sahaja, jangan abaikan kawasan lain,” titah Tengku Abdullah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia