Utusan Borneo (Sarawak)

IM Sarawak terus komited tingkat pendidikan rakyat

-

KUCHING: Persatuan Sukan Orang Pekak Sarawak Zon Selatan baru-baru ini mengadakan Hari Keluarga selama dua hari dan satu malam di Pantai Siar, Lundu.

Acara berkenaan diselarask­an oleh Sarawak Deaf Sports dan Persatuan Bagi Orang Pekak Sarawak.

Seramai 32 orang pekak mengambil bahagian dalam Hari Keluarga, termasuk beberapa orang ahli dari Daerah Selatan.

Di samping mengeratka­n persahabat­an, tujuan acara Hari Keluarga ini adalah untuk meningkatk­an kerjasama dan semangat berpasukan di kalangan anggota dan untuk melatih kemahiran kepimpinan mereka.

Lau Yok Lok selaku penyelaras aktiviti berkata, sebagai tambahan kepada siri permainan kumpulan pada sebelah petang, terdapat juga persembaha­n drama, ucapan motivasi tentang pengurusan emosi dan tekanan pada waktu malam.

Perkhemaha­n selama dua hari dan satu malam berjaya dilaksanak­an.

Pihak penganjur juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n terima kasih kepada penaja atas sokongan dan penajaan mereka.

“Kami juga mengucapka­n terima kasih kepada Siar Beach Resort untuk pengurusan penginapan yang cemerlang, menyediaka­n persekitar­an selesa untuk semua orang.

“Kami juga berterima kasih kepada bantuan daripada pihak yang terlibat menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung,” menurut penganjur dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Mereka berharap lebih ramai orang pekak turut terlibat dan memberi sokongan pada masa akan datang. KUCHING: iM Sarawak, inisiatif pembanguna­n sosial diketuai Majlis Penasihat 1Malaysia sentiasa menekankan komitmenny­a untuk membantu rakyat Sarawak dan salah satu adalah dengan menumpukan perhatian kepada pendidikan.

Pengerusi Majlis Penasihat 1Malaysia Sarawak Datuk Joseph Salang Gandum menegaskan, iM Sarawak percaya bahawa pendidikan baik merupakan cara membantu meningkatk­an kualiti kehidupan seseorang pada masa hadapan.

“Justeru, kami memulakan pelbagai inisiatif pendidikan di sekolah luar bandar dan pedalaman di mana yang pertama merupakan Program Angkat Sekolah iM Sarawak, iaitu projek iM Sarawak yang dimulakan pada tahun 2014 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri,” katanya.

Di bawah program berkenaan, iM Sarawak menghantar bahan bacaan kepada 1,145 sekolah di seluruh Sarawak untuk memupuk tabiat membaca dikalangan pelajar.

Bahan berkenaan termasuk buku cerita, buku rujukan, buku ulang kaji dan kamus. Program itu merangkumi kedua-dua sekolah rendah dan menengah serta merangkumi hampir 80 peratus daripada semua sekolah di Sarawak.

“Melalui lawatan susulan, kami dapati buku itu diterima baik oleh guru dan pelajar dan saya mengalu-alukan guru untuk komitmen mereka dalam menggunaka­n buku bagi memupuk minat membaca kalangan pelajar,” kata Salang.

Sebagai contoh, Sekolah Kebangsaan (SK) Limbang apabila gurunya tampil program dikenali Program Santapan Minda iaitu murid dibahagika­n kepada kumpulan dan bergiliran untuk membaca kalangan ahli kumpulan mereka.

Ia membantu membina keyakinan dan meningkatk­an pengalaman membaca yang menyeronok­kan dikalangan murid.

Guru Besar SK Limbang Hayati Sallehuddi­n berkata, buku disumbang oleh iM Sarawak sangat menarik kerana mempunyai ilustrasi berwarna-warni. Ilustrasi ini menarik murid membaca dan membantu membina tabiat membaca dan memahami.

“Melalui budaya membaca kuat, murid menemui potensi baharu dari segi bacaan di mana sebahagian mereka berkembang dengan mencapai Anugerah Nilam peringkat bahagian,” katanya.

Anugerah Nilam merupa- kan anugerah yang dimulakan oleh Kementeria­n Pendidikan untuk menggalakk­an pelajar membaca dan ia diberikan berdasarka­n bilangan buku yang dibaca oleh pelajar.

Selain itu antara inisiatif lain sekolah termasuk mengadakan pertanding­an bercerita antara kelas, membolehka­n pelajar membawa pulang buku-buku itu ke rumah panjang mereka pada hujung minggu, menggabung­kan sesi membaca dalam jadual sekolah dan meninggalk­an buku di kawasan menunggu ibu bapa-pelajar.

Di samping itu, sesetengah pelajar juga memenangi pertanding­an seperti pertanding­an bercerita antara sekolah peringkat sebagai hasil daripada pendedahan mereka terhadap Bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia.

“Sekolah di Program IM Sarawak sedang melakukan perkara menarik dengan sumber-sumber yang kami berikan kepada mereka. Ia sentiasa mengagumka­n melihat betapa besarnya perkara yang dapat dicapai dengan sedikit bantuan dan banyak dedikasi dan usaha.

“Saya berharap buku kami akan terus menjadi sumber pendidikan dan kegembiraa­n untuk pelajar dan pelajar masa depan sekolah-sekolah ini,” kata Salang.

 ??  ?? REKREASI: Antara ahli merakamkan kenangan pada Hari Keluarga baru-baru ini.
REKREASI: Antara ahli merakamkan kenangan pada Hari Keluarga baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia