Utusan Borneo (Sarawak)

Bollywood beri penghormat­an terakhir kepada Shashi Kapoor

-

Bintangbin­tang Bollywood memberi penghormat­an terakhir kepada legenda filem Shashi Kapoor di upacara pengebumia­nnya Selasa lepas manakala penghormat­an mencurah masuk bagi pelakon yang memenangi pelbagai anugerah itu selepas dia meninggal dunia setelah sekian lama sakit.

Ikon panggung India veteran, Amitabh Bachchan, yang berlakon di sisi Kapoor dalam beberapa filem Hindi yang hit pada era 1970an, dan pelakon Shah Rukh Khan adalah antara hadirin di upacara tersebut di Mumbai, pusat Bollywood.

Shashi Kapoor berlakon dalam lebih 150 buah filem dan merupakan anggota dinasti pelakon paling terkenal dalam panggung India.

Beliau meninggal dunia Isnin lepas bersamaan dengan 4 Disember pada usia 79 tahun selepas bertahun-tahun bertarung dengan penyakit ginjal.

Pelakon dan pengarah dari seluruh industri filem Hindi memberi penghormat­an kepada Shashi Kapoor yang merupakan salah seorang pelakon India yang pertama bekerja di luar negara, dengan kemunculan dalam beberapa filem Merchant Ivory.

Dia sering membawa watak wira aksi yang romantis dan terkenal kerana ketampanan­nya yang bersopan santun.

Dalam satu tulisan blog Selasa lepas, Amitabh Bachchan menggambar­kan Shashi Kapoor sebagai seorang “lelaki yang luar biasa kacak” dengan “senyuman dahsyat yang melengkapi kelipan dalam matanya”.

Shashi merupakan anak lelaki bongsu kepada Prithviraj Kapoor, seorang perintis dalam filem dan teater Hindi. Abang sulungnya, Raj Kapoor, yang meninggal dunia pada 1988, juga merupakan seorang bintang filem Hindi yang terkenal.

Watak Shashi yang paling tidak dapat dilupakan adalah dalam filem seperti ‘Jab Jab Phool Khile’ (1965), ‘Kabhi Kabhie’ (1976), dan ‘Kalyug’ (1981).

Beliau juga dipuja kerana wataknya di sisi Bachchan dalam filem hit ‘Deewaar’ (1975) di mana dia menyampaik­an salah satu dialog paling terkenal dalam panggung Hindi – “Mere paas maa hai” (Aku ada seorang ibu).

Shashi berlakon dalam filem-filem Merchant Ivory ‘The Householde­r’ (1963), ‘Heat and Dust’ (1983) dan ‘Shakespear­e Wallah’ (1965).

Pada 1972 beliau berlakon bersama aktres Simi Garewal dalam filem Amerika ‘Siddhartha’.

Simi Garewal berkata beliau “amat sedih sekali” dengan kematian Shashi Kapoor.

“Anggota terakhir dalam generasi Kapoor itu sudah tiada lagi. Seorang lelaki budiman dan rakan sudah tiada lagi. Apa yang kekal adalah memori beliau,” kata satu tulisan dalam laman Twitternya.

Pengarah tersohor Karan Johar menggambar­kan Kapoor sebagai “pelakon paling menawan dan enigmatik dalam sejarah … seorang bintang filem budiman!”

“Legasi beliau dalam filem dan teater adalah luar biasa … fikiran dan doa bersama keluarga beliau … karya beliau akan sentiasa hidup …” tulis Karan Johar dalam Twitter.

“Impian Bollywood yang tidak terkira menjadi hidup ketika menonton dialog anda yang ikonik, ‘Mere paas maa hai’,” tweet pelakon Akshay Kumar, yang menambah: “Sumbangan anda yang begitu hebat kepada panggung akan sentiasa diingati. RIP #ShashiKapo­or ji.”

Shashi Kapoor berkahwin dengan aktres Inggeris Jennifer Kendal selama 26 tahun sehingga isterinya meninggal dunia pada 1984.

Beliau memenangi banyak hadiah lakonan dan pada 2011 dihormati dengan Padma Bhushan,

 ??  ?? SANJAY DUTT & ANIL KAPOOR salah satu anugerah awam tertinggi di India.
Anak saudara lelaki Shashi, Rishi Kapoor, dan anak lelaki Rishi, Ranbir, turut menjadi pelakon terkenal, dan menghadiri pengebumia­n Selasa lepas yang diadakan dalam keadaan hujan...
SANJAY DUTT & ANIL KAPOOR salah satu anugerah awam tertinggi di India. Anak saudara lelaki Shashi, Rishi Kapoor, dan anak lelaki Rishi, Ranbir, turut menjadi pelakon terkenal, dan menghadiri pengebumia­n Selasa lepas yang diadakan dalam keadaan hujan...
 ??  ?? AMITABH BACHCHAN
AMITABH BACHCHAN
 ??  ?? SHAHRUKH KHAN
SHAHRUKH KHAN
 ??  ??
 ??  ?? RANBIR KAPOOR
RANBIR KAPOOR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia