Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek samun ditangkap dalam tempoh sejam

-

LAHAD DATU: Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai terlibat dalam kes samun berkumpula­n dan menggunaka­n senjata, dalam kejadian yang berlaku di Jalan Pantai berhadapan dengan Stadium Bandar Lahad Datu, di sini pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah ini, ASP Mohd Fadzil Ali, berkata susulan aduan yang diterima, kedua-dua suspek yang berumur 21 dan 27 tahun itu telah berjaya ditahan dalam tempoh sejam pada kira-kira jam 12.50 malam semasa berada di sekitar kawasan Bandar Sri Perdana pada Jumaat.

Katanya, polis turut merampas satu batang besi paip serta sebuah kenderaan jenis Viva yang digunakan keduadua suspek dalam kejadian itu dan turut menjumpai sebuah telefon bimbit jenama Yess yang dipercayai disamun.

Dalam kejadian pada malam Khamis lepas, mangsa yang juga seorang penjawat awam berumur 35 tahun cedera di bahagian mulut selepas disamun oleh kedua-dua suspek sewaktu sedang dalam perjalanan balik ke rumahnya dengan menunggang motosikal.

Menurut Fadzil, ketika kejadian mangsa telah ditahan oleh kedua suspek yang menaiki sebuah kenderaan jenis Viva sebelum bertindak memukulnya di muka, kepala dan badan menggunaka­n tangan serta sebatang paip sebelum melarikan sebuah telefon bimbit jenis Yess milik jabatan tempat mangsa bekerja.

“Mangsa yang cedera kemudianny­a telah menghubung­i 999 bagi meminta bantuan polis.

“Kedua-dua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan ,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia