Utusan Borneo (Sarawak)

JAMBATAN KUALA TATAU MAMPU LONJAK EKONOMI PENDUDUK •

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

JAMBATAN Kuala Tatau yang dibuka untuk kegunaan orang awam pada 2 Disember lalu merupakan kemudahan yang ditunggu-tunggu oleh penduduk terutama di Kuala Tatau termasuk kawasan Serupai, Kuala Balingian, Balingian, Mukah dan kawasan sekitarnya di sepanjang laluan jalan pesisir pantai di kawasan tengah Sarawak.

Jambatan dan jalan raya di kawasan itu diibaratka­n sebagai penghubung penting untuk kawasan utara dan tengah negeri ini bahkan menjadi nadi penting kepada penduduk Sarawak keseluruha­nnya.

Jambatan itu bersambung dengan jalan sejauh 11.18km di antara Kuala Serupai dan Kuala Tatau mencapai tempoh penyiapan pembinaann­ya pada 8 November 2017. Keseluruha­n kos projek itu mencecah RM214,679,826.02.

Jambatan itu turut termasuk pembinaan dua jambatan kecil 60 meter merangkumi masing-masing sebuah menyeberan­g Sungai Sigerut dan Sungai Serupai dan jarak laluan dari Kuala Tatau ke Balingian adalah sejauh 45 kilometer.

Dalam pada itu, Penghulu Rahim Shadan dari Kampung Kuala Tatau percaya dengan pembukaan jambatan itu dan jalan yang disediakan oleh kerajaan ia akan melonjakka­n aktiviti ekonomi di kawasan sekitar dengan lebih meluas berikutan jalan perhubunga­n yang dibina itu memberikan tempoh perjalanan yang lebih singkat antara Bintulu dan beberapa kawasan pesisir.

“Semua jenis produk serta hasil laut boleh dihasilkan dan diangkut dengan mudah sekarang melalui jalan dan jambatan ini yang menghubung­kan Bintulu, Kuala Tatau, Balingian, Mukah dan kawasan lain. Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada wakil rakyat yang telah berusaha sebelum ini mengenai keperluan pembinaan jambatan dan jalan raya pesisir ini.

“Saya telah mengimpika­n jambatan ini sejak sekian lama, dan hari ini (2 Disember 2017) impian saya menjadi keny- ataan yang secara rasmi jambatan ini kini boleh digunakan oleh penduduk Kuala Tatau dan orang awam.

“Perancanga­n mengenai keperluan jambatan ini sudah agak lama iaitu sejak tahun 1990-an oleh Datuk Talib Zulpilip yang pada masa itu merupakan setiausaha tetap Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan projek ini saya difahamkan dua tahun untuk disiapkan.

“Hari ini kita sama-sama dapat melihat dan bersyukur akhirnya jambatan ini digunakan. Harapan saya jambatan ini digunakan dengan baik dan selamat oleh penduduk dan orang ramai,” kata Rahim.

Sementara itu, Ketua Kaum Kampung Seberang Jaya Kuala Tatau Luqman Juwen berkata, jambatan itu akan memberi kemudahan kepada aktiviti perniagaan penduduk setempat khususnya yang terlibat dengan perikanan sama ada untuk diborong atau dijual balik kepada orang ramai kerana jambatan dan jalan ini menghubung­kan Kuala Tatau ke Balingian dan Mukah.

“Dengan adanya kemudahan infrastruk­tur ini, saya percaya lebih banyak produk mampu dijual oleh nelayan kepada orang ramai. Saya berharap nelayan di kawasan ini akan memperoleh­i pendapatan yang lebih baik dan bertambah pada masa akan datang, seterusnya lebih ramai pelawat akan mengunjung­i kampung kami.

“Mungkin nelayan di luar dari laut Kuala Tatau, Balingian dan Mukah akan mampu berkongsi rezeki yang sama menjual hasil laut pada masa akan datang.

“Harapan saya, jambatan ini akan dapat memberi perubahan yang besar kepada penduduk Kuala Tatau dari segi perniagaan dan lebih ramai pengunjung dari luar akan datang memasuki kampung kami supaya keadaan itu mampu menghasilk­an kemajuan dan kampung kami lebih dikenali,” katanya.

Dalam pada itu, majlis pembukaan Izin Lalu Awam Jambatan Kuala Tatau telah disempurna­kan oleh Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Talib Zulpilip pada 2 Disember 2017 lalu.

Talib membuka kunci pagar jambatan di laluan masuk jambatan sebagai simbolik pembukaan jambatan berstruktu­r 724.86 meter itu kepada awam tersebut.

Terdahulu beliau men- yaksikan simbolik penyerahan projek daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri yang diwakili oleh pengurus wilayahnya, Cassidy Morris kepada JKR Bintulu yang diwakili oleh jurutera bahagianny­a, Lau Pit Hwa.

Majlis itu menyaksika­n ratusan penduduk di perkampung­an dan rumah panjang berdekatan yang semuanya teruja untuk menyaksika­n pembukaan jambatan kepada orang awam.

Talib dalam ucapannya menyatakan penghargaa­n kepada kerajaan, penduduk setempat dan JKR yang membantu merealiasa­sikan penyiapan pembinaan projek jambatan tersebut.

“Ramai penduduk menunggu dengan penuh rasa debar untuk pembukaan jambatan ini secara rasmi, hari ini saya mengumumka­n bahawa jambatan ini dibuka kepada orang awam. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg akan merasmikan jambatan ini secara besar-besaran yang akan diadakan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

“Pada saya, ini adalah berita gembira disebab- kan semasa saya masih lagi sebagai setiausaha tetap kepada kementeria­n (pembanguna­n infrastruk­tur) tahun 1995, ini (projek Jambatan Kuala Tatau) telah dimasukkan dalam pelan tetapi agak mengambil masa. Kini projek jambatan ini telah mencapai tempoh penyiapann­ya dengan keadaan selamat,” katanya.

Talib yang ditemani isterinya Datin Dr Zaliha Abdullah turut mengingatk­an pengguna jalan raya agar menggunaka­n jambatan itu dengan selamat dan bertanggun­gjawab.

Majlis itu turut disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Samalaju Majang Renggi, Residen Bahagian Bintulu Muhamad Yakup Kari dan Residen Bahagian Mukah Awang Johari Awang Mustapha.

Pembukaan jambatan itu kini telah memendekka­n perjalanan di samping menjimatka­n kos bahan api dari Bintulu ke Kuala Tatau, Balingian, Mukah dan tempat-tempat lain di kawasan pesisir yang memakan masa antara sejam dan satu setengah jam dari Bintulu, Kuala Tatau ke Balingian dan seterusnya lebih kurang 45 minit dari Balingian ke Mukah.

 ??  ??
 ??  ?? DEKAT: Penduduk di Kuala Tatau mendapat banyak manfaat daripada pembukaan Jambatan Kuala Tatau.
DEKAT: Penduduk di Kuala Tatau mendapat banyak manfaat daripada pembukaan Jambatan Kuala Tatau.
 ??  ?? LUQMAN
LUQMAN
 ??  ?? RAHIM
RAHIM
 ??  ?? LONJAK EKONOMI: Perkampung­an di Kuala Tatau dijangka terus membangun dengan adanya kemudahan jambatan dan rangkaian jalan raya ke bandar-bandar besar terutamany­a bandar Bintulu.
LONJAK EKONOMI: Perkampung­an di Kuala Tatau dijangka terus membangun dengan adanya kemudahan jambatan dan rangkaian jalan raya ke bandar-bandar besar terutamany­a bandar Bintulu.
 ??  ?? BOLEH DILALUI: Talib (tengah) sambil diiringi Cassidy dan Lau bersama tetamu lain berjalan ke Jambatan Kuala Tatau bagi menyempurn­akan acara simbolik izin lalu awam jambatan terbabit.
BOLEH DILALUI: Talib (tengah) sambil diiringi Cassidy dan Lau bersama tetamu lain berjalan ke Jambatan Kuala Tatau bagi menyempurn­akan acara simbolik izin lalu awam jambatan terbabit.
 ??  ?? SERAH PROJEK: Talib (tengah) menyaksika­n penyerahan projek Jambatan Kuala Tatau antara Cassidy (dua kanan) dan Lau (kiri).
SERAH PROJEK: Talib (tengah) menyaksika­n penyerahan projek Jambatan Kuala Tatau antara Cassidy (dua kanan) dan Lau (kiri).
 ??  ?? DIBUKA: Talib membuka mangga dan pagar pada majlis Izin Lalu Awam Jambatan Kuala Tatau.
DIBUKA: Talib membuka mangga dan pagar pada majlis Izin Lalu Awam Jambatan Kuala Tatau.
 ??  ?? INDAH: Perkampung­an di Kuala Tatau bakal menjadi lokasi kunjungan menarik.
INDAH: Perkampung­an di Kuala Tatau bakal menjadi lokasi kunjungan menarik.
 ??  ?? SIAP: Jambatan Kuala Tatau berstruktu­r 724.86 meter.
SIAP: Jambatan Kuala Tatau berstruktu­r 724.86 meter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia