Utusan Borneo (Sarawak)

ZON UTARA SASAR 31 PINGAT EMAS • MUKA 20

Idam juara keseluruha­n SukSar 2017 yang berlangsun­g di Kuching pada 14-17 Dis ini

- Oleh Mohd Norhadie Sahari

MIRI: Pasukan Zon Utara membabitka­n Limbang, Miri dan Bintulu menyasarka­n sejumlah 31 emas sekali gus mengimpika­n juara keseluruha­n temasya Sukan Sarawak (SukSar) 2017 bakal berlangsun­g di Kuching dari 14 hingga 17 Disember ini.

Ketua Kontinjen Zon Utara, Wilson Thong berkata Zon Utara menghantar seramai 325 orang atlet termasuk pegawai dan pengurus pasukan pada temasya SukSar 2017 ini.

“Atlet- atlet kita akan mengambil bahagian dalam semua 14 acara termasuk tiga daripada empat acara para dengan menyasarka­n keseluruha­n 31 pingat emas,” katanya pada Majlis ‘FlagOff’ Atlet Utara ‘Spirit Of The North’ th di Stadium Tertutup up Miri semalam. m.

W i l s o n b e r k a - ta, meskipun n bukan n mudah h u n t u k mencapai sas- aran i t tu u namun beliau yakin atlet- atlet Zon n Utara mampu melakukan kejutan dalam m i s i meraih emas. “Dengan gga sem a n g a t perjuangan perj yang tinggg tinggi diharapkan k semua atlet tl dapat menggunaka­n gelanggang ini untuk menunjukka­n kemampuan sebenar mereka,” katanya.

Sementara itu, majlis tersebut disempurna­kan oleh Menteri Muda Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Lee Kim Shin.

Dalam ucapannya, Lee melahirkan keyakinan misi penting untuk membawa pulang 31 pingat emas pada Suksar 2017 ini mencapai matlamatny­a.

Kali terakhir SukSar diadakan adalah pada 1990 dan diadakan kembali tahun ini bagi mengasah dan mengenenga­hkan bakat- bakat sukan anak- anak tempatan.

“SukSar ini adalah gelanggang untuk mereka tunjuk bakat- bakat sekali gus menjadi pentas untuk atlet- atlet ke kejohanan lebih besar seperti Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018,” jelasnya.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu mahu semua atlet Zon Utara berjuang habis-habisan membolot kilauan pingat emas yang ditawarkan.

“Mereka yang cemerlang pada SukSar 2017 ini berpeluang cerah mewakili Sarawak pada SUKMA Perak 2018. Sehubungan itu, hanya atlet- atlet terbaik sahaja akan dipilih,” jelasnya.

Hadir sama ADUN Piasau Sebastian Ting, Residen Bahagian Limbang Maria Hasnan, Timbalan Residen Bahagian Miri, Nyurak Keti dan Pegawai Daerah Miri, Abdul Aziz Yusuf.

Atlet-atlet kita akan mengambil bahagian dalam semua 14 acara termasuk tiga daripada empat acara para dengan menyasarka­n keseluruha­n 31 pingat emas. Wilson Thong Ketua Kontinjen Zon Utara

 ??  ??
 ??  ?? Lee (tiga kiri, barisan depan) serta Wilson (kiri sekali), Yurak (dua kiri) dan Aziz (empat kiri) bersama atlet Zon Utara melaungkan kata-kata semangat di Stadium Miri semalam.
Lee (tiga kiri, barisan depan) serta Wilson (kiri sekali), Yurak (dua kiri) dan Aziz (empat kiri) bersama atlet Zon Utara melaungkan kata-kata semangat di Stadium Miri semalam.
 ??  ??
 ??  ?? SEDIA GEMPUR: Tiong (baju putih) menyampaik­an bendera kontinjen Zon Tengah kepada Hii di Sibu, petang semalam.
SEDIA GEMPUR: Tiong (baju putih) menyampaik­an bendera kontinjen Zon Tengah kepada Hii di Sibu, petang semalam.
 ??  ?? SASAR SA EMAS: a
SASAR SA EMAS: a

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia