Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki warga emas dirompak dalam sebuah hotel bajet

-

SIBU: Seorang lelaki warga emas mengalami kerugian kira-kira RM350 setelah dirompak dalam sebuah hotel bajet di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zailanni Amit ketika mengesahka­n kejadian itu berkata insiden tersebut berlaku sekitar jam 9 pagi semalam.

Katanya semasa mangsa berusia 65 tahun melalui lorong hendak pergi ke Pasar Sentral Sibu, dia didatangi seorang wanita dan menawarkan khidmat mengurut badan.

“Pada mulanya tawaran itu ditolak mangsa tetapi terpaksa beralah selepas dipaksa suspek yang bertindak menariknya ke dalam salah sebuah bilik di tingkat dua bangunan hotel bajet itu.

“Semasa berada di dalam bilik hotel, datang seorang lagi suspek ( pondan) lalu mengambil duit mangsa dari poket belakang seluar dan dompet sebelum mangsa ditolak keluar dari bilik hotel,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Zailanni, mangsa berasal dari Kanowit kemudian tampil membuat laporan polis.

Sementara itu, polis bertindak atas maklumat menahan seorang lelaki berusia 28 tahun dan seorang wanita berusia 35 tahun.

“Penahanan dibuat selepas polis membawa mangsa mengunjung­i semula tempat kejadian untuk melakukan pengecaman,” katanya sambil menambah, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden rompakan itu.

Zailanni berkata, polis turut merampas wang tunai RM180 daripada suspek.

Kes diklasifik­asikan sebagai rompakan berkumpula­n tanpa senjata dan disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? DICEKUP: Kedua-dua suspek (dua dan tiga kanan) dibawa ke Balai Polis Sentral Sibu untuk membantu siasatan.
DICEKUP: Kedua-dua suspek (dua dan tiga kanan) dibawa ke Balai Polis Sentral Sibu untuk membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia