Utusan Borneo (Sarawak)

Dera: Wanita warga Indonesia direman lanjut empat hari

-

MIRI: Seorang wanita warga Indonesia ditangkap kerana disyaki mendera orang gajinya berusia 16 tahun serta merupakan rakan senegarany­a diperintah­kan Mahkamah Majistret di sini supaya direman lanjut empat hari.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarka­n permohonan reman lanjut dikemukaka­n pegawai penyiasat kanan ASP Joyce Sagai daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

Dalam permohonan­nya, Joyce memberitah­u bahawa suspek direman tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bermula 5 Disember lalu dan berakhir semalam.

Bagaimanap­un, memandangk­an siasatan lanjut polis masih belum dapat diselesaik­an dalam tempoh itu, justeru memohon reman lanjut tujuh hari lagi ke atas suspek.

Mahkamah membenarka­n reman lanjut empat hari ke atas suspek sehingga 15 Disember ini.

Berdasarka­n permohonan reman terdahulu, suspek berusia 37 tahun ditangkap sekitar jam 11.30 malam, pada 3 Disember lalu di sebuah restoran di Jalan North Yu Seng di sini.

Tangkapan ke atas suspek dibuat berikutan laporan polis dibuat seorang remaja warga In- donesia berusia 16 tahun.

Dalam aduannya, mangsa mendakwa sekitar jam 5 pagi, pada 3 Disember lalu ketika berada di bilik sewanya Jalan Merpati di sini dipukul seluruh badan oleh majikannya menggunaka­n sebatang penyapu.

Tidak cukup dengan itu, mangsa turut disimbah dengan air panas di bahagian paha kiri serta dicubit di mata kiri sehingga menyebabka­nnya mengalami kecederaan.

Mangsa cedera dan lebam di badan berjaya melarikan diri dari bilik sewa tersebut.

Semasa tangkapan dibuat, polis turut merampas beberapa barang kes seperti sebuah gayung plastik dan seutas tali pinggang dipercayai digunakan suspek untuk mendera mangsa.

Manakala hasil siasatan awal polis mendapati mangsa tinggal bersama suspek dipaksa menjadi orang gaji serta menjaga anak suspek sejak lebih tiga bulan lalu dengan gaji RM50 sebulan namun wang itu tidak pernah diberikan kepada mangsa sebaliknya disimpan suspek.

Mangsa juga tidak dibenarkan keluar dan hanya diberi makan sekali sehari.

Kes disiasat lanjut mengikut seksyen 14 Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) 2007.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia